
TAKLIMAT DAN SESI KONGSISAMA “CONVO-SET-CAREER”
TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah
Indonesia, 1 Julai 2026 — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKI) bersama Menara Syariah Twin Tower, Indonesia, telah berjaya menganjurkan Simposium Antarabangsa Kewangan Islam 2026 bertajuk “Sustainability, Artificial Intelligence & Maqasid Al-Shariah in Finance: Reactive or Proactive”. Simposium ini telah berlangsung pada hari Rabu, 1 Julai 2026, bertempat di Menara Syariah PIK 2. Simposium ini mencerminkan komitmen bersama UNISSA dan Menara Syariah dalam memajukan wacana kewangan Islam di peringkat antarabangsa.
Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua institusi telah berjaya menghimpunkan para ulama Shariah, pakar AI, pengamal kewangan, dan penggubal dasar dalam satu platform perbincangan yang merentasi disiplin ilmu. Penglibatan aktif empat orang tenaga akademik UNISSA dalam pelbagai sesi utama simposium ini menggambarkan kedudukan UNISSA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terus memperkukuhkan peranannya dalam membentuk hala tuju kewangan Islam global. Mengetuai Delegasi UNISSA, Dekan FEKIm, Dr Muhd Zaki bin Haji Zaini. Turut menyertai Prof Madya Dr Hakimah Yaacob, Prof Madya Mehedi Masud dan Dr Kamarusalam Yusof.