UNISSA dan Kansai Universiti mementerai Memorandom Persefahaman memperkukuh penyelidikan berimpak tinggi

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

7 Januari 2026, Osaka, Jepun – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kansai University of International Studies (KUIS) secara rasminya menjalinkan kerjasama strategik bagi memacu pendidikan dan penyelidikan dalam bidang pelancongan mampan melalui penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU). Kerjasama strategik ini dirangka untuk membangunkan bakat dan inovasi yang menyokong agenda pelancongan mampan negara selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Rombongan UNISSA turut diiringi oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Pengiran Dr. Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim; Pemangku Dekan Fakulti Sains Halal dan Pelancongan Mampan, Datin Dr. Hajah Norliza binti Dato Seri Setia Haji Mahallee; serta Profesor Adjung UNISSA dan juga selaku Profesor Kolaboratif Osaka iaitu  Dayang Hajah Normah Suria Hayati binti binti Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri.

 

Memorandum persefahaman tersebut ditandatangani oleh Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama Dr Hamana Atsushi, Presiden Kansai University of International Studies.

 

Memorandum persefahaman tersebut ditandatangani oleh Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA bersama Dr Hamana Atsushi, Presiden Kansai University of International Studies.

 

Gambar kenangan UNISSA bersama pihak KUIS

 

Rombongan UNISSA disambut oleh Presiden OU, Dr. Atsushi Kumanogoh dan seterusnya mengadakan perbincangan dua hala dengan pengurusan tertinggi University of Osaka (OU).

 

Gambar kenangan pihak UNISSA bersama OU