PENDAFTARAN BAGI PROGRAM ‘THE AGRICULTURE BRIDGING’ (AGRIBRIDGE) SESI JANUARI 2025, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian telah membukakan pendaftaran bagi Program The Agriculture
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Pertanian telah membukakan pendaftaran bagi Program The Agriculture
Khamis, 31 Oktober 2024, UNISSA telah menerima kunjungan daripada Universitas Islam Negeri Siber Syekh Nurjati
Isnin, 28 Oktober 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menerima kunjungan daripada
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kesihatan mental kepada mahasiswa dan mahasiswi, Unit Perkhidmatan Kaunseling, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Rakan UMAT Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan forum bertajuk Stress Ku Eh! Guide to Academic Management and Wellbeing sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada forum yang diadakan di Dewan Auditorium UNISSA itu ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu.
Ahli-ahli panel forum terdiri daripada Penolong Profesor Kanan Fakulti Usuluddin UNISSA, Dr Elsayyed Amin dan Presiden Persatuan Kemajuan Insan (KESAN), Awang Mohd Najib bin Latif.
Tekanan boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja termasuk para pelajar yang sedang berusaha untuk mencapai matlamat hidup mereka. Gangguan mental hadir daripada tekanan yang berterusan dan tidak dikendalikan dengan cara yang betul.
Antara cara untuk menangani tekanan dan menjaga kesihatan mental dari sudut pandangan Islam adalah antara perkara yang disentuh dan dikongsikan oleh ahli panel forum.
Turut diperjelaskan adalah mengenai stigma masyarakat tentang keimanan dan pesakit mental.
Forum turut diisikan dengan pameran mini daripada agensi-agensi jemputan iaitu Biro Kawalan Narkotik (BKN), Perkhidmatan Psikiatri Kementerian Kesihatan, Royal Brunei Airline Kaunseling dan KESAN.
Pelbagai aktiviti diadakan dalam Program Mind to Heart, selain Forum Kesihatan Mental, bazaar jualan, Bengkel Art Terapi dan UMAT-zing Race.
Program Mind to Heart berlangsung sepanjang Oktober ini dan penyertaan dibukakan kepada semua warga UNISSA.
Antara lain tujuan program adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan penjagaan kesihatan mental di samping meningkatkan kesedaran mengenai cara untuk menangani krisis kesihatan mental dan mengongsikan maklumat.