UNISSA/SB0084/2025/2026 – TO SUPPLY, DELIVERY AND SUPPORT DOUBLE-BEAM UV-VIS SPECTROPHOMETER FOR CREATES RESEARCH PROJECT TITLED “COSMO-RS PREDICTED NATURAL DEEP EUTECTIC SOLVENTS (NADES) NANOEMULSIONS AND ITS BIOLOGICAL EVALUATION”

Quotation Details

Quotation Reference : UNISSA/SB0084/2025/2026 – TO SUPPLY, DELIVERY AND SUPPORT DOUBLE-BEAM UV-VIS SPECTROPHOMETER FOR CREATES RESEARCH PROJECT TITLED “COSMO-RS PREDICTED NATURAL DEEP EUTECTIC SOLVENTS (NADES) NANOEMULSIONS AND ITS BIOLOGICAL EVALUATION"
Quotation Description:
Quotation Fee $15 BND
Closing Date: April 22, 2026 2:00 pm

1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang BERDAFTAR di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act).

 

2. Syarikat-syarikat atau pembekal-pembekal yang ingin turut serta didalam tawaran ini hendaklah tidak disenarai-hitamkan dan ditegah (not blacklisted) oleh mana-mana Kementerian atau Jabatan Kerajaan untuk mengikuti sebarang tawaran di Negara Brunei Darusalam.

 

3. Syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai Sendirian Berhad hendaklah menyertakan Sijil Pematuhan Cukai (Certificate of Tax Compliance – COTC) yang terbaharu/terkini dan telah DISAHKAN oleh Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan salinan Penyata Tahunan Annual Returns Dan Annual General Meeting (yang terbaharu/terkini) bersama-sama dengan Borang Tawaran Sebutharga ini. Bagi mana-mana syarikat / pembekal yang tidak menyertakan dokumen-dokumen berkenaan maka Borang Tawaran Sebutharga ini akan DITOLAK.

 

4. Syarikat atau pembekal yang berhajat untuk membuat pembelian bagi Borang Tawaran ini hendaklah membuat pembayaran bagi harga yuran tawaran dan e-dokumen tawaran yang berjumlah BND15.00 [DOLAR BRUNEI: LIMA BELAS SAHAJA] dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah di Kaunter Kewangan UNISSA seperti berikut:

 

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

KAUNTER BAHAGIAN KEWANGAN

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG, BE1310

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

**NOTA: Dokumen tawaran akan mengandungi Borang Sebutharga, Spesifikasi dan/atau Syarat-Syarat Tawaran dan juga Borang Pengakuan Integriti Penender.

 

Pada waktu hari bekerja (termasuk menerima yuran tawaran) seperti berikut:

 

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS

8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

2.00 petang hingga 3.00 petang

HARI SABTU

8.30 pagi hingga 10.00 pagi

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, syarikat-syarikat yang berminat mengikuti tawaran ini bolehlah menghubungi +673 7326726.

 

5. Salinan asal resit pembayaran Yuran Tawaran & E-Dokumen akan diberikan selepas pembayaran diterima dan Borang Sebutharga akan diemel bagi syarikat atau pembekal yang telah membuat pembelian tawaran sahaja.

 

6. Segala kehendak dalam Borang Sebutharga mestilah ditulis dengan BETUL dan TERANG, jika tidak permohanan tawaran ini akan DITOLAK.

 

7. Permohonan Tawaran ini akan DITOLAK jika BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran yang menggunakan ‘BLANCO’.

 

8. BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran hendaklah DITANDATANGANI ASAL (initial) dan COP SYARIKAT.

 

9. Tawaran hendaklah diisi dalam BORANG SEBUTHARGA YANG ASAL (TIDAK BOLEH di FOTOKOPI dan di SCAN).

 

10. Setiap tawaran bagi setiap SATU TAJUK SEBUTHARGA hendaklah disimpan di dalam SATU SAMPUL SURAT TERTUTUP RAPI (SEALED). Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis BILANGAN SEBUTHARGA dan TAJUK SEBUTHARGA disebelah KIRI ATAS sepertimana yang diiklankan serta TARIKH TUTUP IKLAN ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat / pembekal.