UNISSA/SB0041/2022/2023 – PERKHIDMATAN PENYEDIAAN VIDEO KORPORAT UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (EDISI KE-4) BAGI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

Quotation Details

Quotation Reference : UNISSA/SB0041/2022/2023
Quotation Description: PERKHIDMATAN PENYEDIAAN VIDEO KORPORAT UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (EDISI KE-4) BAGI UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)
Quotation Fee $10 BND
Closing Date: December 14, 2022 2:00 pm
  1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang BERDAFTAR di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act).
  1. Syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai Sendirian Berhad hendaklah menyertakan Sijil Pematuhan Cukai (Certificate of Tax Compliance – COTC) yang terbaharu/terkini dan telah DISAHKAN oleh Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan salinan Penyata Tahunan Annual Returns Dan Annual General Meeting (yang terbaharu/terkini) bersama-sama dengan Borang Tawaran Sebutharga ini. Bagi mana-mana syarikat / pembekal yang tidak menyertakan dokumen-dokumen berkenaan maka Borang Tawaran Sebutharga ini akan DITOLAK.
  1. Dokumen tawaran boleh diperolehi:

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

KAUNTER BAHAGIAN KEWANGAN

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG BE 1310

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

**NOTA: Dokumen tawaran akan mengandungi Borang Sebutharga, Spesifikasi dan/atau Syarat-Syarat Tawaran dan juga Borang Pengakuan Integriti Penender.

Pada waktu hari bekerja (termasuk menerima yuran tawaran) seperti berikut:

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS

8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

2.00 petang hingga 3.00 petang

HARI SABTU

8.30 pagi hingga 10.00 pagi

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, syarikat-syarikat yang berminat mengikuti tawaran ini bolehlah menghubungi +673 7326726.

  1. Yuran tawaran adalah $10.00 SAHAJA dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah.
  1. Segala kehendak dalam Borang Sebutharga mestilah ditulis dengan BETUL dan TERANG, jika tidak permohanan tawaran ini akan DITOLAK.
  1. Permohonan Tawaran ini akan DITOLAK jika BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran yang menggunakan BLANCO’.
  1. BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran hendaklah DITANDATANGANI ASAL (initial) dan COP SYARIKAT.
  1. Tawaran hendaklah diisi dalam BORANG SEBUTHARGA YANG ASAL (TIDAK BOLEH di FOTOKOPI dan di SCAN). Tawaran yang telah diisi dengan LENGKAP hendaklah dimasukkan kedalam PETI TAWARAN yang disediakan dan dialamatkan kepada :

PENGERUSI SEBUT HARGA

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI,

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG, BE1310,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

  1. Setiap tawaran bagi setiap SATU TAJUK SEBUTHARGA hendaklah disimpan di dalam SATU SAMPUL SURAT TERTUTUP RAPI (SEALED). Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis BILANGAN SEBUTHARGA dan TAJUK SEBUTHARGA disebelah KIRI ATAS sepertimana yang diiklankan serta TARIKH TUTUP IKLAN ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat / pembekal.
  1. Tawaran hendaklah dikembalikan tidak lewat HARI RABU, 14 DISEMBER 2022, JAM 02.00 PETANG. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan diterima.
  1. Salinan SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT/Nama-Nama Perniagaan (SIJIL PERNIAGAAN 16 & 17 atau FORM X), salinan RESIT PEMBAYARAN dan lain-lain dokumen yang diperlukan HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA TAWARAN.
  1. SIJIL PENGIKTIRAFAN daripada Kementerian Pembangunan, AITI dan lain-lain yang berkenaan bagi kerja-kerja yang berkaitan HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA TAWARAN.
  1. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara rujukan: LTN/4(39/1997).
  1. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau sebarang tawaran.
  1. Hanya syarikat yang terpilih dan berjaya sahaja yang akan dihubungi. Manakala, syarikat yang tidak dihubungi selepas SATU (01) BULAN daripada TARIKH TUTUP mengembalikan borang sebutharga adalah DIANGGAP TIDAK BERJAYA.