UNISSA/LTK/PPK/SNT(3TAHUN)/2026-2028: TAWARAN PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN (SECURITY GUARD SERVICES) DI KAMPUS SINAUT TUTONG UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) BAGI TEMPOH SELAMA TIGA (03) TAHUN

Quotation Details

Quotation Reference : UNISSA/LTK/PPK/SNT(3TAHUN)/2026-2028
Quotation Description: TAWARAN PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN (SECURITY GUARD SERVICES) DI KAMPUS SINAUT TUTONG UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) BAGI TEMPOH SELAMA TIGA (03) TAHUN
Quotation Fee $50 BND
Closing Date: December 17, 2024 2:00 pm

1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang BERDAFTAR di Negara Brunei Darussalam menurut Seksyen 16 dan 17 dari akta Nama-Nama Perniagaan (Business Names Act).

 

2. Syarikat-syarikat hendaklah menyertakan LESEN PERNIAGAAN AGENSI PENGAWAL KESELAMATAN yang masih SAH dan BERDAFTAR di bawah kawalan Unit Perlesenan Agensi Pengawal Keselamatan (UPAPK), Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei mengikut keperluan Akta Agensi Keselamatan Penggal 187.

 

3. Syarikat-syarikat yang berdaftar sebagai SENDIRIAN BERHAD hendaklah menyertakan Sijil Pematuhan Cukai (Certificate of Tax Compliance – COTC) yang terbaharu / terkini iaitu sehingga tahun 2024 dan telah DISAHKAN oleh Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dan salinan Penyata Tahunan Annual Returns Dan Annual General Meeting (yang terbaharu/terkini) bersama-sama dengan Borang Tawaran ini. Bagi mana-mana syarikat / pembekal yang tidak menyertakan dokumen-dokumen berkenaan maka Borang Tawaran ini akan DITOLAK.

 

4. Dokumen Borang Tawaran boleh diperolehi:

 

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA)

BAHAGIAN KEWANGAN,

TINGKAT 1, BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

SIMPANG 347, JALAN PASAR GADONG,

GADONG, BE 1310,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

**NOTA: Dokumen tawaran akan mengandungi Borang Tawaran, Spesifikasi dan/atau Syarat-Syarat Tawaran dan juga Borang Pengakuan Integriti Penender.

 

Pada waktu-waktu (termasuk menerima Yuran Tawaran) seperti berikut :

 

HARI ISNIN HINGGA KHAMIS

8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

2.00 petang hingga 3.00 petang

HARI SABTU

8.30 pagi hingga 10.00 pagi

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, syarikat-syarikat yang berminat mengikuti tawaran ini bolehlah bertanya terus ke Kaunter Kewangan UNISSA atau menghubungi +673 7326726.

 

5. Yuran Tawaran adalah $50.00 [RINGGIT BRUNEI: LIMA PULUH SAHAJA] dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar Tawaran yang sah.

 

6. Segala kehendak dalam Borang Tawaran mestilah ditulis dengan BETUL dan TERANG, jika tidak permohanan Tawaran ini akan DITOLAK.

 

7. Permohonan Tawaran ini akan DITOLAK jika BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran yang menggunakan ‘BLANCO’.

 

8. BAGI SETIAP SEBARANG PERUBAHAN / PEMBETULAN pada Harga Tawaran hendaklah DITANDATANGANI ASAL (initial) dan COP SYARIKAT.

 

9. Tawaran hendaklah diisi dalam BORANG TAWARAN YANG ASAL (TIDAK BOLEH di FOTOKOPI dan di SCAN). Tawaran yang telah diisi dengan LENGKAP hendaklah dimasukkan kedalam PETI TAWARAN yang disediakan dan dialamatkan kepada:

 

PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, BLOK ‘A’, TINGKAT 1,

BANGUNAN (LAMA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN

LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS, BB 3510

BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tawaran-tawaran hendaklah dimasukan ke dalam PETI TAWARAN LEMBAGA TAWARAN KECIL (LTK), KEMENTERIAN PENDIDIKAN yang terletak di Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan Kewangan Dan Perbekalan, Pusat Perkhidmatan Setempat, One Stop Center, Lantai Bawah Blok C, Bangunan Kementerian Pendidikan, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB 3510 Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

 

10. Setiap Tawaran bagi setiap SATU TAJUK TAWARAN hendaklah disimpan di dalam SATU SAMPUL SURAT TERTUTUP RAPI (SEALED). Di sampul surat berkenaan hendaklah ditulis BILANGAN TAWARAN dan TAJUK TAWARAN disebelah KIRI ATAS sepertimana yang diiklankan serta TARIKH TUTUP IKLAN TAWARAN ini, tanpa menunjukkan sebarang identiti, nama atau logo syarikat / pembekal.

 

11. Salinan SIJIL PENDAFTARAN SYARIKAT / Nama-Nama Perniagaan (SIJIL PERNIAGAAN 16 & 17 atau FORM X), salinan RESIT PEMBAYARAN dan lain-lain dokumen yang diperlukan HENDAKLAH DISERTAKAN BERSAMA TAWARAN.

 

12. Tawaran hendaklah dikembalikan TIDAK LEWAT HARI SELASA, 17 DISEMBER 2024, JAM 02.00 PETANG.

 

13. Tawaran-Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai Tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan.

 

14. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup Tawaran akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 

15. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima Tawaran yang paling rendah atau sebarang Tawaran yang tidak munasabah.