TAKLIMAT PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (PSC) 2.0 

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

22 APRIL 2026, RABU – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) telah menganjurkan Taklimat Kerjaya PSC Recruitment 2.0 dengan kerjasama Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bertempat di Ruang Latihan Tingkat 4, Wing B, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pada jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. 

Taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 2orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)Program ini dilaksanakan sebagai pendedahan menyeluruh mengenai laluan kerjaya dalam sektor kerajaan serta membantu peserta memahami proses, kriteria dan keperluan permohonan bagi menyertai perkhidmatan awam di Negara Brunei Darussalam.

Taklimat kerjaya ini disampaikan oleh Yang Mulia Puan Dayang Norefna binti Abdullah, Pegawai Kerja, Unit Perhubungan Awam, Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Yang Mulia Dayang Nur Fadhilah binti Junit, Penolong Pegawai Kerja Tingkat I, Unit Perhubungan Awam, Bahagian Pengurusan dan Kewangan; dan Ermerulisam Bin Hj Saman, Penolong Pegawai Kerja Tingkat II, Unit Perhubungan Awam, Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ketiga-tiga fasilitator berkongsi mengenai tatacara pendaftaran dan penggunaan platform PSC Recruitment 2.0, iaitu sistem dalam talian yang digunakan untuk permohonan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam. 

Antara pengisian yang dikongsikan termasuk tips dan nasihat berguna berkaitan ujian bertulis dan sesi temu duga, merangkumi persediaan mental, strategi menjawab soalan, serta aspek tingkah laku dan etika yang perlu diberi perhatian sepanjang proses pemilihan. Selain itu, sesi pengemaskinian maklumat dalam sistem PSC Recruitment 2.0 turut diadakan secara langsung dengan bantuan pegawai dan kakitangan SPA bagi memastikan pelajar dan alumni UNISSA dapat memohon jawatan yang diiklankan dengan betul dan berkesan.

Sesi taklimat ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan bergambar ramai. 

Hasil daripada penganjuran program PSC Recruitment 2.0 ini diharapkan dapat menjadi platform yang bermanfaat kepada para pelajar dan alumni UNISSA dalam memahami proses permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam secara lebih jelas. Seterusnya, program ini diharap dapat membantu mereka merancang hala tuju kerjaya dengan lebih terarah serta berpeluang untuk berkhidmat kepada negara dengan penuh komitmen dan integriti.