
Pelaburan Patuh Syara’ jadi Tumpuan di Singapura
UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11

UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11

Selasa, 14 Julai 2026 – Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah
Rabu, 8 Julai 2026-Dua orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan

Jumaat, 30 Mei 2025 – Nadi Maktabah telah mengadakan aktiviti membaca ‘Silent Reading’ bersempena Hari Buku Sedunia di kawasan kolam Kampus Sinaut UNISSA. Aktiviti yang diadakan buat julung kali ini telah dihadiri oleh 21 orang pelajar-pelajar dan turut sama-sama hadir adalah pegawai-pegawai Perpustakaan UNISSA.
Adapun objektif Silent Reading ini adalah bagi memupuk budaya membaca, serta mewujudkan persekitaran yang memotivasikan untuk membaca dengan lebih kerap, sama ada untuk hiburan atau perkembangan peribadi.
Aktiviti membaca ini diadakan di persekitaran yang tenang dan damai agar membantu peserta untuk menumpukan perhatian pada bahan bacaan mereka, mengurangkan gangguan dan menggalakkan detox digital.
Walaupun acara ini memberi tumpuan kepada kesunyian atau ‘silence’, ia memberikan peluang untuk peserta berkumpul dan menikmati pembacaan dalam suasana semulajadi. Sejurus dapat membantu membina hubungan antara individu yang mempunyai minat yang sama dalam membaca.
