
Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA sertai Blueprint Endowmen 5.0 bagi memperkukuh kelestarian kewangan UNISSA
Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah

Selasa,28 Julai 2026-Alhamdullilah, dua orang pelajar mewakili Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), iaitu Muhammad
UNISSA dan Bank Usahawan Berhad Galak Pelajar Ceburi Dunia Keusahawanan
Bandar Seri Begawan, 18 Oktober 2025 – Pejabat Hab Keusahawanan dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Alumni, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan Sesi Taklimat Skim Pembiayaan Mikro BizBelia bertempat di Auditorium, Kampus UNISSA Gadong.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Nor Nadia binti Jafri @ Darussalam, Client Relationship Manager dari Bank Usahawan Berhad, yang berkongsi maklumat terperinci mengenai kemudahan pembiayaan mikro yang ditawarkan di bawah Skim BizBelia, iaitu inisiatif bersama Bank Usahawan Berhad dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).
Seramai 150 pelajar UNISSA daripada pelbagai fakulti telah menghadiri sesi tersebut. Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pelbagai peluang pembiayaan dan sokongan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu mereka memulakan serta mengembangkan perniagaan baharu. Inisiatif ini secara tidak langsung menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan inovatif, di samping memupuk nilai keusahawanan, tanggungjawab kewangan dan daya tahan dalam perniagaan.
Melalui pendedahan seperti ini, pelajar bukan sahaja memperoleh maklumat mengenai skim BizBelia, malah turut memahami kepentingan perancangan kewangan, pengurusan risiko dan penyediaan rancangan perniagaan yang berkesan. Usaha ini juga sejajar dengan aspirasi UNISSA untuk melahirkan graduan berjiwa keusahawanan, beretika dan berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa, sekali gus menyokong matlamat negara dalam memperkasa ekonomi berasaskan pengetahuan, inovasi dan keusahawanan yang mampan.
Dalam ucapannya, Ketua Pejabat Hab Keusahawanan, Puan Raihana binti Mohd Raffi, menyatakan penghargaan kepada Bank Usahawan Berhad atas sokongan berterusan dalam memperkasakan pelajar melalui pendedahan kepada kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan. Beliau menegaskan bahawa pelajar perlu peka terhadap situasi ekonomi semasa serta memanfaatkan skim pembiayaan yang sedia ada bagi menjayakan idea perniagaan yang inovatif dan mampan.
Sesi taklimat turut membuka ruang interaktif bagi pelajar mengemukakan pertanyaan secara langsung kepada wakil Bank Usahawan, sekaligus meningkatkan kefahaman mereka terhadap proses permohonan, kriteria kelayakan dan pengurusan kewangan yang berhemah. Diakhir sesi tersebut, penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati telah disampaikan oleh Dr Norasiah binti Haji Amai, Ketua Pejabat Hal Ehwal Alumni.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Pejabat Hab Keusahawanan dalam menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan di UNISSA melalui siri bengkel, mentoring, training dan partnership yang memberi nilai tambah kepada pembangunan pelajar sebagai usahawan muda Muslim sehingga mereka mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah dan Wawasan Brunei 2035 melalui kerangka keusahawanan yang patuh syariah dan lestari.
UNISSA and Bank Usahawan Berhad Encourage Students to Venture into Entrepreneurship
Bandar Seri Begawan, 18 October 2025 – The Entrepreneurship Hub, in collaboration with the Alumni Affairs Office, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), organised a BizBelia Micro Financing Scheme Briefing held at the Auditorium, UNISSA Gadong Campus.
The briefing was delivered by Ms. Nor Nadia binti Jafri @ Darussalam, Client Relationship Manager of Bank Usahawan Berhad, who shared detailed information about the micro-financing facilities offered under the BizBelia Scheme, an initiative jointly developed by Bank Usahawan Berhad and the Ministry of Culture, Youth and Sports (MCYS).
A total of 150 UNISSA students from various faculties attended the session. The programme aimed to raise students’ awareness of the various financial and funding opportunities provided by the government to help them start and grow new businesses. This initiative also encourages students to think creatively and innovatively while nurturing entrepreneurial values, financial responsibility, and business resilience.
Through such exposure, students not only gained insights into the BizBelia scheme but also learned the importance of financial planning, risk management, and effective business plan preparation. This effort aligns with UNISSA’s aspiration to produce graduates who are entrepreneurial, ethical, and competitive at both national and international levels, in support of Brunei Vision 2035, which seeks to strengthen a knowledge-based, innovative, and sustainable economy.
In her remarks, Head of the Entrepreneurship Hub, Ms. Raihana binti Mohd Raffi, expressed appreciation to Bank Usahawan Berhad for its continuous support in empowering students through awareness of government financial facilities. She emphasised that students should be more mindful of the current economic landscape and take advantage of available financing schemes to turn innovative and sustainable business ideas into reality.
The session also provided an interactive platform for students to engage directly with representatives from Bank Usahawan, enhancing their understanding of the application process, eligibility criteria, and sound financial management practices. At the end of the session, certificates of appreciation and souvenirs were presented by Dr Norasiah binti Haji Amai, Head of the Alumni Affairs Office.
This programme forms part of the Entrepreneurship Hub’s ongoing efforts to strengthen the entrepreneurial ecosystem within UNISSA through a series of workshops, mentoring, training, and partnership initiatives that add value to students’ development as young Muslim entrepreneurs.