PUSAT KAJIAN MANUSKRIP ISLAM MENGADAKAN PROGRAM TAZKIRAH & IFTAR BERSAMA MASYARAKAT

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan Program Tazkirah dan Iftar bersama Masyarakat yang berlangsung di Masjid Kampong Pulaie.

Program tersebut telah diisikan dengan penyampaian tazkirah bertajuk “Doa dan Puasa” yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr Adel M. Abdulaziz Algeriani, Ketua Program Lepas Ijazah PKMI. Tazkirah berkenaan diadakan sebelum waktu iftar sebagai pengisian rohani bagi para jemaah dalam menghayati kelebihan dan hikmah ibadah puasa serta kepentingan memperbanyakkan doa sepanjang bulan Ramadan.

Program kemudiannya diteruskan dengan majlis iftar bersama masyarakat setempat, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PKMI dan masyarakat kampung.