
EMPAT PELAJAR FPPI RAIH KEJAYAAN DALAM MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA KEBANGSAAN 1448H/2026M
1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

25 September 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Open Maktabah yang diadakan selama dua hari berturut-turut, bermula pada
25 Ogos 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Program Santunan Mahabbah Rasul FPPI 1448H bersempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. 1448H.
Program tahunan FPPI ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha dalam menyemarakkan rasa cinta dan mahabbah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., di samping memupuk nilai keprihatinan dan semangat menyantuni masyarakat dalam kalangan warga fakulti.
Antara pengisian utama program ialah penyediaan dan pengagihan makanan ringan serta minuman kepada para peserta yang mengikuti Perarakan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. di sekitar Bandar Seri Begawan. Aktiviti tersebut melibatkan kerjasama warga FPPI dalam menyediakan serta mengagihkan santunan kepada para peserta perarakan sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap penyertaan masyarakat dalam menyemarakkan sambutan berkenaan.

Selain aktiviti santunan, warga FPPI turut melaksanakan Kempen Kebersihan di sekitar kawasan berkenaan pada penghujung program. Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan kebersihan kawasan sentiasa terpelihara selepas berlangsungnya perarakan, di samping menerapkan rasa tanggungjawab bersama terhadap penjagaan kebersihan, kelestarian alam sekitar dan kemudahan awam.
Pelaksanaan Program Santunan Mahabbah Rasul FPPI bukan sahaja menjadi wadah untuk memperingati dan menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W., malah turut menggabungkan elemen khidmat masyarakat, kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan warga fakulti. Melalui pendekatan ini, nilai-nilai mahabbah kepada Rasulullah S.A.W. dapat diterjemahkan melalui amalan menyantuni masyarakat dan menjaga kesejahteraan persekitaran.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen FPPI dalam melaksanakan aktiviti yang berteraskan nilai-nilai Islam serta memberi manfaat kepada masyarakat. Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi salah satu wadah dalam memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga FPPI, menyemai semangat kepedulian terhadap masyarakat serta menghayati kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. melalui amalan dan khidmat yang bermanfaat.
