PROGRAM RAMADHAN FOR RAYA DONATION DRIVE

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Ahad, 15 Mac 2026 – Persatuan Pelajar Kewangan dan Ekonomi Islam (iFESS), Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan program Ramadhan for Raya Donation Drive 3.0 sebagai salah satu inisiatif kebajikan sempena bulan Ramadhan.

Sesi penerimaan barangan sumbangan telah diadakan pada 11 hingga 14 Mac 2026 bertempat di Gymnasium UNISSA, manakala sesi pengagihan barangan sumbangan kepada penerima yang memerlukan telah dilaksanakan pada 15 Mac 2026 di Gimnasium, UNISSA.

Program ini bertujuan memupuk semangat kebajikan dan keprihatinan dalam kalangan warga UNISSA serta masyarakat umum, di samping membantu golongan kurang berkemampuan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri melalui sumbangan pakaian dan barangan keperluan yang masih dalam keadaan baik.

Inisiatif ini juga menyokong usaha mengurangkan pembaziran melalui pengagihan semula barangan yang masih boleh digunakan serta memperkukuh budaya kesukarelawanan dalam kalangan pelajar.