Program Perkhemahan Mahabbah Lillah ke 11

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Sabtu, 13 Disember 2025 – Program Perkhemahan Mahabbah Lillah ke 11 anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dikelolakan oleh Kumpulan al-Qudwah UNISSA
telah diadakan pada 13 hingga 15 Disember 2025 dan melabuhkan tirainya pada 15hb Disember
di dewan auditorium, UNISSA.

Tema “Z Squad: Bina Akhlak, Bentuk Ummah” merupakan salah satu daripada tujuan utama
bagi mencapai matlamat Program Perkhemahan Belia Hijrah Mahabbah Lillah pada tahun ini.

Tema ini menekankan kepentingan pembinaan akhlak mulia dalam kalangan belia Islam,
khususnya Generasi Z, yang merupakan pewaris dan pemimpin masa hadapan ummah. “Z
Squad” melambangkan golongan belia masa kini yang dinamik, bersemangat tinggi dan
mempunyai potensi besar dalam membentuk masyarakat Islam yang sejahtera, berilmu dan
berakhlak mulia.