Share News
Recent News

Sukarelawan Mahasiswa FBA UNISSA Mendukung Usaha Penerapan Bahasa Arab dalam Bimbingan Mualaf
BELAIT, 25 Oktober 2026 (Ahad) – Mahasiswa Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Fakulti Usuluddin melalui Badan Pelajar Usuluddin (BadrU) telah mengadakan Majlis Maulid ‘Nabi Muhammad Suri Teladan Sepanjang Zaman’yang bertempat di Auditorium, UNISSA. Kehadiran lebih kurang 100 – 120 warga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) tenaga akademik, pelajar Fakulti Usuluddin dan juga daripada orang awam yang menghadiri majlis tersebut. Acara maulid ini bertujuan untuk memperingati junjungan Nabi Muhammad SAW atas perjuangan baginda memperjuangkan agama Islam.
Acara dimulakan dengan bacaan Maulid Ad-Diba’ie dan alunan Qasidah yang diketuai oleh beberapa mahasiswa dari pelajar fakulti usuluddin & mahasiwa antarabangsa. Majlis diteruskan lagi dengan Forum Santai Cinta Rasul yang disampaikan oleh ahli jawatankuasa Badan Pelajar Usuluddin, Moderator diwakili oleh Muhd Haiqal bin Juraimi bersama empat orang ahli panel Ak Muhammad Aqil Harraz bin Pg Hj Md Japar , Muhammad Haziq Hafizin bin Jamaludin , Muhammad Hisamuddin bin Haji Shamsudin dan Muhammad Yusri bin Muhammad Yusof. Forum ini bertujuan bagi memperluaskan lagi ilmu pengetahuan tentang Nabi Muhammad SAW khususnya terhadap penuntut ilmu dan juga kepada masyarakat.
Majlis ditutup dengan bacaan doa peliharakan sultan & tasbih kafarah yang diketuai oleh mahasiswa tahun 1 fakulti usuluddin , Muhd Iman Firdaus bin Abdullah sekaligus dengan bergambar ramai bagi pihak mahasiswa dengan tetamu kehormat majlis Yang Mulia, Dekan Fakulti Usuluddin UNISSA, Professor Dato’Dr Mohd Fakhrudin Bin Abdul Mukti.


