
INFAQ BARANG ASASI MAKTABAH UNISSA KEPADA SAUDARA BARU
Khamis – 12 Mac 2026 Pihak Maktabah UNISSA bersama Nadi Maktabah UNISSA telah mengagihkan infaq

Khamis – 12 Mac 2026 Pihak Maktabah UNISSA bersama Nadi Maktabah UNISSA telah mengagihkan infaq

Rabu,11 Mac 2026 – Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali
AlumniPreneurs Showcase 2025:
Alumni in Action, Building Sustainable Entrepreneurships
Pada hari Khamis, 15 Januari 2026 bersamaan 25 Rejab 1447H, Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan kerjasama Pejabat Hab Keusahawanan UNISSA dan Pejabat Hal Ehwal Alumni UNISSA telah menganjurkan program “Alumnipreneurs Showcase 2025” yang telah berjalan sejak Oktober 2025.
Hari Kemuncak program ini telah dirasmikan dengan kehadiran Yang Mulia Dato Seri Paduka Haji Roselan bin Haji Mohd Daud, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Usahawan Berhad selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA, serta wakil-wakil agensi daripada Bank Usahawan Berhad, Brunei Innovation Lab, Darussalam Enterprise (DARe) dan beberapa pengusaha tempatan seperti Fatih Aquaculture, Bersih Solutions & Skyvision BN, Syarikat Darusaalam dan Simply Deco.
Program “Alumnipreneurs Showcase 2025” diungkayahkan sebagai satu platform dan wahana bagi menyokong serta memperkasa alumni UNISSA yang sedang atau berhasrat untuk menceburi dunia keusahawanan. Di samping itu, program ini turut memberi peluang kepada para alumni untuk mengasah bakat serta memperkukuh kemahiran keusahawanan, khususnya kepada mereka yang berminat atau telah berkecimpung dalam bidang tersebut.
Dalam ucapan alu-aluan, Yang Mulia Abdul Mujib bin Awang Sh’minan, Yang Di-Pertua Persatuan Alumni UNISSA sesi 2025/2027 selaku Pengerusi Majlis menyatakan bahawa program ini juga berperanan sebagai platform jaringan yang menghimpunkan alumni usahawan bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi sokongan perniagaan, pelabur serta masyarakat umum, sekali gus membuka ruang kerjasama strategik dan peluang pembangunan perniagaan pada masa hadapan.
Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis juga ada menyampaikan ucapan penghargaan dan tahniah kepada ahli jawatankuasa serta UNISSA secara keseluruhannya atas inisiatif yang sangat baik, lebih-lebih lagi, bidang keusahawanan ini memang diketahui bukanlah sesuatu yang mudah, penuh dengan cabaran dan memerlukan kerajinan serta komitmen yang jitu.
Seramai sembilan (9) orang peserta alumni UNISSA telah mengambil bahagian dalam program ini melalui sesi pitching bisnes. Pemenang pertandingan diumumkan pada sesi petang selepas sesi pitching, dengan hadiah wang tunai berjumlah BND300.00 bagi tempat pertama, BND200.00 bagi tempat kedua dan BND100.00 bagi tempat ketiga.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan UNISSA dalam melahirkan alumni yang berdaya saing, inovatif dan berupaya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara melalui bidang keusahawanan.