
EMPAT PELAJAR FPPI RAIH KEJAYAAN DALAM MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA KEBANGSAAN 1448H/2026M
1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

25 September 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Open Maktabah yang diadakan selama dua hari berturut-turut, bermula pada
29 Ogos 2026 – Tiga orang mahasiswa Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menyertai Pertandingan Tausyeh Belia dan Beliawanis Masjid Senegara sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. 1448H/2026M, yang berlangsung di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.
Mahasiswa FPPI yang menyertai pertandingan tersebut ialah Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman, Ahmad Izzat Muizuddin bin Haji Masli dan Awangku Muhammad Wazif Harith bin Pengiran Haji Abdul Hamid. Penyertaan mereka telah membuahkan hasil yang membanggakan apabila berjaya meraih Tempat Kedua dan Tempat Ketiga dalam pertandingan berkenaan.
Pencapaian tersebut memperlihatkan bakat dan kebolehan mahasiswa FPPI dalam bidang seni Islam, khususnya tausyeh, di samping mengetengahkan penglibatan aktif mahasiswa dalam program bercorak keagamaan dan kemasyarakatan. Penyertaan dalam pertandingan seumpama ini juga menjadi wadah bagi generasi belia untuk menghayati kecintaan terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. melalui pendekatan seni dan dakwah Islam.
Pertandingan berkenaan telah dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong dan Kumpulan Belia Syababul Iman, sebagai salah satu pengisian dalam menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. 1448H/2026M.
Kejayaan mahasiswa berkenaan merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi FPPI dan UNISSA serta mencerminkan potensi mahasiswa dalam mengimbangi kecemerlangan akademik dengan penglibatan dalam aktiviti kerohanian dan pembangunan belia. Semoga pencapaian ini menjadi dorongan kepada para mahasiswa untuk terus mengembangkan bakat dan menyumbang secara positif dalam usaha memperkasa syiar dan dakwah Islam.
