Perbincangan Kewangan Islam di Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke 20

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah pada 21 hingga 22 Julai 2026. Dengan tema,  ‘Memperkasa Pematuhan Syariah dalam Sistem Kewangan Islam’, muzakarah tahunan tersebut menghimpunkan para ulama, penasihat Syariah, cendekiawan Islam serta pengamal kewangan dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand dengan pelbagai topik terkini di dalam industri kewangan Islam.

Antara topik-topik yang dibincangkan ialah hajah dan darurah dalam konteks al-i’anah ala al-ma’siyah, serta parameter-parameter yang berkaitan. Pembentangan selari juga diadakan dengan fokus kepada ghalat di dalam industri kewangan Islam dan Takaful. Hadir selaku pembentang dari Brunei Darussalam, adalah Dr Amnisuhailah binti Abarahan, Penolong Profesor di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, yang turut mengongsikan kertas kerja mengenai ghalat di dalam takaful dan retakaful. Masterclass juga disampaikan oleh pakar-pakar kewangan Islam sebelum berlangsungnya muzakarah, yang membahas mengenai rektifikasi dan purifikasi dalam kewangan Islam.