
TAKLIMAT DAN SESI KONGSISAMA “CONVO-SET-CAREER”
TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah
Isnin, 6 Julai 2026 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Perasmian Persidangan Antarabangsa Khidmat Masyarakat Dan Pemerkasaan Komuniti. (International Conference on Community Outreach and People Empowerment (IC-COPE) ).
Persidangan Antarabangsa Khidmat Masyarakat Dan Pemerkasaan Komuniti buat julung-julung kali dianjurkan bersama oleh Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) dengan kerjasama dua rakan strategik luar negara iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS).

Dengan tema “Memperkasa Khidmat Masyarakat ke Arah Pembangunan Ummah Lestari”, persidangan ini merupakan medan ilmiah yang menghimpunkan para sarjana, pengamal industri, pertubuhan bukan kerajaan, pembuatdasar, mahasiswa serta pelbagai pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara bagi memperkukuh agenda khidmat masyarakat, pemerkasaan komuniti dan pembangunan ummah.



Persidangan Antarabangsa Khidmat Masyarakat Dan Pemerkasaan Komuniti 2026 berlangsung selama dua hari iaiatu 6-7 Julai 2026. Seramai 57 orang pembentang terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Republik Arab Mesir dan Emiriah Arab Bersatu menyertai persidangan ini yang membincangkan cabaran dan solusi terhadap isu-isu kemanusiaan dan sosial kontemporari. Persidangan ini dihasratkan dapat melahirkan resolusi yang bernas dan praktikal dalam memperkasakan budaya khidmat masyarakat serta semangatkebersamaan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Selain pembentangan kertas-kertas dan forum, persidangan ini juga mengandungi pengisian pengalaman khidmat masyarakat di beberapa Lokasi strategik di negara ini.
Persidangan Antarabangsa Khidmat Masyarakat Dan Pemerkasaan Komuniti 2026 ini diadakan bersempena dengan Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2026 (Brunei MYCE 2026).
Dengan adanya persidangan ini diharapkan akan menjadi medan perkongsian amalan terbaik (best practices) dalam bidang kesukarelawanan, kemanusiaan, pembangunan komuniti, dakwah dan kesejahteraan sosial di peringkat serantau dan antarabangsa.