Pembentangan Selari Persidangan IC-COPE 2026

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Pembentangan Selari Persidangan Antarabangsa Khidmat Masyarakat & Pemerkasaan Komuniti diadakan selama dua hari, 6 & 7 julai 2026 bertempat di Bilik Kuliah, Dewan Persidangan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bokiah.

 

Pembentangan kertas kerja sempena IC-COPE 2026 menjadi platform perkongsian ilmu, hasil penyelidikan dan amalan terbaik dalam bidang khidmat masyarakat serta pemerkasaan komuniti. Sesi ini turut membuka ruang perbincangan dan pertukaran pandangan antara para akademik, penyelidik dan pengamal bagi menghasilkan idea, strategi serta pendekatan yang lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa. Melalui pembentangan yang diketengahkan, para peserta berpeluang meneliti pelbagai isu, cabaran dan solusi berkaitan pembangunan komuniti, di samping memperkukuh jaringan kerjasama serta menggalakkan pelaksanaan inisiatif yang berimpak, inklusif dan mampan.

 

Seramai 57 orang pembentang terdiri daripada Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Republik Arab Mesir dan Emiriah Arab Bersatu menyertai persidangan ini yang membincangkan cabaran dan solusi terhadap isu-isu kemanusiaan dan sosial kontemporari. Pembentangan dilaksanakan secara fizikal dan juga secara atas talian.