Pelaburan Patuh Syara’ jadi Tumpuan di Singapura

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11 Julai 2026 bertempat di Devan Nair Institute, Singapura. Hadir selaku kehormat majlis, adalah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Yang Mulia Zhulkarnain Abdul Rahim.

Mengetengahkan beberapa institusi dan organisasi pelaburan, festival tersebut memberi peluang kepada para pengunjung untuk mendapat maklumat dan pemahaman dengan lebih dekat lagi dalam pelaburan berlandaskan Syariah. Acara yang berlangsung turut diisi dengan pelbagai perbincangan dan masterclass yang informatif dan interaktif.

Dr Amnisuhailah Abarahan, Penolong Profesor di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam UNISSA, juga selaku Badan Penasihat Shariah Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dan Bank Islam Brunei Darussalam Securities (BIBDS) turut sama memberikan penerangan di dalam masterclass yang berlangsung.

Festival ini merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan untuk menarik minat orang ramai dalam produk-produk pelaburan yang patuh syara’.