
KURSUS LITERASI MAKLUMAT ISLAM PERKASA KEMAHIRAN PENGURUSAN ILMU
BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis penutup bagi Kursus Literasi Maklumat Islam anjuran Perpustakaan Universiti Islam

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis penutup bagi Kursus Literasi Maklumat Islam anjuran Perpustakaan Universiti Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 November 2026 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui

Bandar Seri Begawan, 5 November 2026 – Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif


Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Open Maktabah yang diadakan selama dua hari berturut-turut, bermula pada hari Rabu, 16 September 2026 di Kampus Gadong dan diteruskan pada hari Khamis, 17 September 2026 di Kampus Sinaut, UNISSA.
Program tahunan ini dilaksanakan dengan objektif utama untuk memberikan penerangan secara terperinci mengenai sistem pangkalan data terkini yang terdapat di Maktabah UNISSA. Selain itu, para pengunjung turut didedahkan dengan pelbagai perkhidmatan digital serta pengenalan kepada koleksi bahan bacaan komprehensif yang disediakan khas bagi menyokong ekosistem akademik seluruh warga universiti.
Sepanjang hari terbuka tersebut, suasana diserikan juga dengan penglibatan aktif para pengunjung dalam kuiz interaktif.
Maktabah UNISSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Nadi Maktabah dan pelajar-pelajar dari Universiti Pembangunan Nasional Veteran Jawa Timur yang turut sama-sama berkhidmat serta seluruh mahasiswa mahasiswi, pensyarah dan kakitangan yang memberikan sokongan padu sepanjang program ini berlangsung.
Semoga Maktabah UNISSA terus konsisten menjadi gedung ilmu yang dinamik serta pemangkin kepada kecemerlangan akademik. Bersama kita membudayakan amalan membaca dan menyuburkan rasa cintakan ilmu!