MUHADARAH KHAS ANJURAN FAKULTI BAHASA ARAB UNISSA: MENINGKATKAN KECEKAPAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN PEMBELAJARAN MENDALAM (DEEP LEARNING) UNTUK MENANGANI KEBIMBANGAN BAHASA: INOVASI DAN CABARAN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

 

Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan satu Muhadarah Khas yang disampaikan oleh Dr. Muhammad Naim Madjid, pensyarah dari Fakultas Pendidikan Bahasa, Universitas Muhammadiyah Yogyakarta. Acara ini telah diadakan di Bilik L1.3, UNISSA pada hari Rabu, 19 Syawal 1447H bersamaan 8 April 2026M yang lalu.

 

Muhadarah tersebut turut dihadiri oleh Yang Mulia Prof. Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad, Pemangku Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) serta Yang Mulia Dr. Hajah Rafidah binti Haji Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab. Program ini juga melibatkan warga Fakulti Bahasa Arab yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah, pelajar prasiswazah Tahun 3 dan 4 serta pelajar pascasiswazah.

 

Dengan adanya muhadarah khas ini dapatlah memperkaya pengetahuan dan meningkatkan kefahaman peserta dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, khususnya berkaitan inovasi dalam menangani cabaran pembelajaran bahasa.