
The 13th ASEAN International Conference on Islamic Finance (AICIF)
BANDAR SERI BEGAWAN — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan

BANDAR SERI BEGAWAN — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Fakulti Ekonomi dan Kewangan

Sabtu, 27 November 2025 – UNISSA telah menyertai AppliedHE Xchange 2025 yang menghimpunkan pemimpin universiti

Sabtu, 29 November 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Sabtu, 11hb Oktober 2025 — Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Unit Pembangunan Kemahiran, Keusahawanan & Inovasi (UPKKI) Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (MPPUNISSA) telah berjaya menganjurkan Microsoft Excel Workshop bertempat di Block M, Bilik L1.3, UNISSA.
Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini dikendalikan oleh Yang Mulia Professor Madya Dr. Ghassan Ahmed Ali Abdulhabeb daripada Fakulti Teknologi Islam UNISSA yang merupakan tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang teknologi maklumat dan analisis data. Bengkel ini disertai oleh 18 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi UNISSA dari pelbagai fakulti dan juga kakitangan UNISSA.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperkenalkan kemahiran asas dan pertengahan Microsoft Excel bagi meningkatkan produktiviti peserta dalam tugasan akademik serta urusan pentadbiran. Peserta turut didedahkan kepada penggunaan fungsi-fungsi penting seperti formula, pemformatan data, dan carta interaktif untuk membantu mereka mengurus data dengan lebih efisien dan profesional.
Program ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada fasilitator dan sesi bergambar ramai bersama semua peserta.
