
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) BAHARU SESI 2025/2026
Sukacita memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi sesi 2025/2026. Seramai
Sukacita memperkenalkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali bagi sesi 2025/2026. Seramai
Selasa, 17 Jun 2025 – UNISSA berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Universiti Pendidikan
Bengkel Merombak Tesis ke Buku Siri ke 2 sempena Sambutan Hari Buku Sedunia 2025 UNISSA
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) dan Pejabat Hal Ehwal Alumni (HEA) telah menerima kunjungan daripada Syarikat Shell LiveWIRE Brunei untuk memberikan taklimat pemberigaan mengenai program Startup 673 yang bertajuk Introduction to Entrepreneurship. Program ini diadakan pada hari Isnin, 23 Sya’ban 1445H bersamaan dengan 4 Mac 2024M, pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari.
Seramai 49 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA telah mengikuti taklimat yang diadakan di Dewan Auditorium, UNISSA Gadong.
Program Startup 673 ini dimulakan dengan pengenalan mengenai keusahawanan yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Afiq Mohammed, Ketua Kaunselor Perniagaan, Syarikat Shell LiveWIRE Brunei. Tuan Afiq antara lain memberikan penerangan mengenai kepentingan keusahawanan dan memberikan tunjuk ajar proses untuk memulakan perniagaan.
Program Startup 673 ini juga diselitkan dengan perbincangan secara berkumpulan di antara para peserta mengenai cabaran yang sering timbul di dalam dunia keusahawanan dan mencari jalan untuk menyelesaikan permasalahan cabaran tersebut.
Dengan adanya program Startup 673: Introduction to Entrepreneurship ini diharapkan dapatlah menarik minat lebih ramai usahawan tempatan dimasa akan datang dan dapat memberikan manfaat kepada para peserta agar lebih bersemangat dan berpengetahuan dalam menjalani dunia keusahawanan.