
TAKLIMAT DAN SESI KONGSISAMA “CONVO-SET-CAREER”
TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) selaku penganjur bersama Persidangan Antarabangsa Khidmat Masyarakat Dan Pemerkasaan Komuniti 2026 mengadakan Majlis Resepsi Sempena Persidangan Antarabangsa Khidmat Masyarakat Dan Pemerkasaan Komuniti 2026 bertempat di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan pada hari Isnin, 6 Julai 2026.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan selaku ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Timbalan Menteri Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Diantara pengisian majlis ialah penyampaian cenderahati dan sijil kepada para pembentang ucapatama, para penaja dan penyampai kertas kerja terbaik.


Majlis diselajurkan dengan pengumuman Anugerah Kecemerlangan FIKRA di bawah rangka kerja kokurikulum UNISSA. Anugerah tersebut bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berdikari, dan sedia berbakti serta prihatin terhadap keperluan masyarakat.

Hadir di majlis resepsi ini ialah para tetamu khas dari dalam dan luar negara iaitu daripada Malaysia, Indonesia, Republik Arab Mesir dan Emiriah Arab Bersatu; penaja-penaja; pegawai-pegawai kanan UNISSA dan pegawai-pegawai kanan YSHHB.