KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK ISLAM IRAN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Selasa, 21 Januari 2025 – Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor
Sabtu, 18 Januari 2025 bersamaan 18 Rejab 1446H – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Sabtu, 18 Januari 2025 bersamaan 18 Rejab 1446H – Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan
Sabtu, 4 Januari 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar hari ini telah mengadakan Majlis Taklimat pelajar baru sempena Minggu Ta’aruf UNISSA kemasukan Januari sesi pengajian 2024/2025.
Seramai 118 orang iaitu 50 pelajar dalam program prasiswazah; dan 68 orang pelajar dalam program siswazah bagi kemasukan Januari 2025M. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah YM Dr Hajah Lilly Suzana binti Haji Shamsu, Pemangku Rektor UNISSA.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh YM Pengiran Mohammad Daud bin Pengiran Matassan, Pegawai Ugama UNISSA. Seterusnya, YM Haji Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, Pemangku Dekan Pelajar UNISSA selaku pengerusi majlis menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh YM Dr Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin, Pemangku Penolong Rektor (Akademik) mengenai suasana alam pembelajaran daripada peringkat sekolah menengah ke alam universiti sangat berbeza. YM Pemangku Penolong Rektor (Akademik) juga menyebut tentang cabaran dan rintangan yang akan dihadapi oleh pelajar-pelajar dan turut menasihati pelajar-pelajar memperbanyakkan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan untuk menghadapi segala cabaran.
Majlis diakhiri dengan bacaan Ikrar pelajar baru diketuai oleh pelajar 24B1220 Awang Adib Zainul Zaky bin Haji Abdul Manaf, mahasiswa daripada Fakulti Teknologi Islam.