
PROGRAM RINTIS DAN PELATIH [SEJARAH ISLAM BRUNEI]
10 September 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

10 September 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Tuesday, 8 September 2026 – The Faculty of Islamic Economics and Finance (FIEF), Universiti Islam

United Kingdom- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar Dr Amnisuhailah Abarahan, Penolong Profesor
Sabtu, 20 September 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Unit Keugamaan dan Takmir Surau) mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Tahun 1447H/2025M pada hari Sabtu, 20 September 2025M, jam 2.00 petang, berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Rektor (Antarabangsa, Penyelidikan dan Perkhidmatan) UNISSA, Dr Haji Arman bin Haji Asmad. Juga hadir ialah penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, para tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa dan mahasiswi UNISSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah dan Doa yang dipimpin oleh Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman, Exco Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA.
Sambutan tersebut diserikan dengan penyampaian tazkirah khas yang bertema Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr Adel M. Abdulaziz Algeriani, Pengarah Pusat Penyelidikan Manuskrip Islam.

Majlis kemudian disemarakkan dengan pertandingan syarahan. Seramai 7 orang pelajar dari fakulti yang berlainan menyertai pertandingan ini. Johan pertandingan jatuh kepada Muhammad Wafiq bin Kifli, pelajar tahun 2 daripada Fakulti Undang-Undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah, manakala naib johan ialah Siti Nur Izzah Aqilah binti Baharin, pelajar tahun 2 daripada Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam dan mendapat tempat ketiga ialah Saidatul Ameera binti Abdul Rahman, pelajar tahun 2 daripada Fakulti Teknologi Islam.

Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi menyemarakkan sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam di samping memupuk semangat perpaduan dan rasa cinta di kalangan warga UNISSA terhadap Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam.
Penyampaian cenderahati kepada para juri dan hadiah serta sijil kepada para peserta pertandingan disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.
