MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA MAZHAB SYAFI’I BERSEMPENA 60 TAHUN INSTITUSI FATWA NBD

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Selasa, 3 Jun 2025 – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan berkenan berangkat bagi merasmikan Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi’i bersempena 60 Tahun Institusi Fatwa Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh; Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan dan Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal selaku Pengerusi Bersama Persidangan Antarabangsa Mazhab Syafi’i.