MAJLIS PERASMIAN KEMPEN “NO PLASTIC?? MORE FANTASTIC!!”

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Bandar Seri Begawan, Isnin, 29 September 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Kolej Kediaman Siswa dan Siswi (UKKSASI), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2025/2026 telah menganjurkan Majlis Perasmian Kempen “No Plastic?? More Fantastic!!” yang berlangsung secara serentak di Dewan Serbaguna Kolej Kediaman, Kampus Gadong UNISSA serta Kantin Anjung Sri Birau, Kampus Sinaut UNISSA.

Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama Kantin Restaurant Nyonya & Anjung Sri Birau, dan merupakan kesinambungan daripada program Return of Investment (ROI) hasil penglibatan aktiviti BIMA 2.0 oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) UKKSASI sesi 2024/2025 ke SDG Centre, Kuala Lumpur, Malaysia pada bulan Mei 2025.

Hadir sebagai tetamu kehormat majlis Yang Mulia Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim, Pemangku Penolong Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNISSA.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah al-Fatihah oleh Muhammad Norhisamuddin bin Haji Shamsudin, diikuti ucapan aluan daripada EXCO Unit Kolej Kediaman Siswa, Mohammad Aiman Daniel bin Mohd Haffiz.

Majlis seterusnya disempurnakan dengan penyerahan lunch box mesra alam kepada tetamu kehormat majlis sebagai simbolik pelancaran dan tanda sokongan terhadap mesej utama kempen, iaitu menggalakkan penggunaan bekas makanan boleh guna semula.

Kempen ini bertujuan menyokong kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, menggalakkan warga UNISSA membawa bekas makanan dan tumbler sendiri, membudayakan gaya hidup lestari, serta menjadikan UNISSA sebagai kampus bebas plastik sekali guna.

Kempen ini berlangsung selama 2 minggu bermula 29 September hingga 11 Oktober 2025.