MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN, FAKULTI PERTANIAN

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Hari Khamis, 17 Julai 2025M bersamaan dengan 11 Muharram 1447H.

Fakulti Pertanian, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Dekan bagi Semester I dan Semester II sesi akademik 2024/2025. Majlis ini diadakan di Al-Ghazali, Kampus Sinaut, UNISSA dan telah dihadiri oleh Pemangku Dekan, para pensyarah, staf serta pelajar-pelajar penerima anugerah dari Fakulti Pertanian.

Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mahasiswa/i atas pencapaian cemerlang mereka sepanjang sesi akademik 2024/2025. Seramai 18 orang pelajar telah menerima sijil Anugerah Dekan sebagai pengiktirafan atas pencapaian GPA yang tinggi serta usaha gigih mereka dalam bidang akademik. Daripada jumlah tersebut, seramai 4 orang pelajar telah menerima anugerah tersebut bagi kedua-dua semester bagi sesi akademik 2024/2025.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Unit Keagamaan dan Kerohanian, diikuti dengan ucapan daripada Pemangku Dekan Dr Syahirah binti Haji Shahlehi. Seterusnya, sesi penyampaian sijil disempurnakan, dan acara diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.

Majlis ini diharap akan dapat menyuntik semangat para pelajar untuk terus-menerus mencapai kecemerlangan dalam pengajian masing-masing serta sekaligus menyumbang kepada kualiti graduan UNISSA yang holistik serta berdaya saing.