
Pelaburan Patuh Syara’ jadi Tumpuan di Singapura
UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11

UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11

Selasa, 14 Julai 2026 – Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah
Rabu, 8 Julai 2026-Dua orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan
Khamis, 4 Jun 2026 – Majlis Penutup Persidangan Serantau Media Islam 2026 (RIMeC’26) berlangsung di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Timbalan Menteri Pendidikan.

Turut hadir ialah Yang Berbahagia Profesor Madya Dato’ Dr Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da’wah Islamiah dan Yang Mulia Hajah Safrina binti Pehin Dato Haji Abdul Rahman, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat, wakil Datastream Digital Sdn Bhd (DST).

Pengisian majlis dimulakan dengan ucapan pembentangan resolusi persidangan yang disampaikan oleh Yang Mulia Profesor Madya Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni, Ketua Program Siswazah, Fakulti Usuluddin, UNISSA. Antara resolusi yang disentuh adalah keperluan memperkasa media da’wah digital, memperkukuh ekosistem media Islam, menangani cabaran penyebaran maklumat tidak sahih, memanfaatkan kecerdasan buatan secara bertanggungjawab, meningkatkan literasi media masyarakat serta membangunkan kandungan da’wah yang kreatif, relevan dan berimpak tinggi.

Resolusi RIMeC’26 ini diharap akan menjadi asas penting dalam merangka strategi pembangunan media Islam digital yang lebih mampan, profesional dan berdaya saing di peringkat serantau. Ia juga diharapkan dapat membuka ruang kepada kerjasama susulan antara institusi akademik, organisasi media, agensi penyelidikan dan pihak berkepentingan dalam bidang media Islam melalui penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah, latihan profesional, pembangunan kandungan digital serta pertukaran kepakaran.

Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada tetamu kehormat majlis dan seterusnya ucapan penutup daripada rakan strategik persidangan iaitu Institut Kefahaman Islam (IKIM).
Persidangan ini telah menerima sebanyak 90 kertas kerja pembentangan dan 123 orang peserta pendaftaran bengkel direkodkan.

Persidangan ini diharap menjadi langkah permulaan ke arah memperkukuh kedudukan media Islam sebagai wadah progresif, berautoriti, dan relevan dengan cabaran semasa. Kerjasama antara IKIM dan UNISSA akan membuka jalan kepada hubungan strategik yang lebih erat, sekali gus memperkukuh peranan media Islam dalam mendidik masyarakat di rantau ini.