Share News
Recent News

UNISSA SERTAI GLOBAL CHANGE SUMMIT 2025
Istanbul, Turkiye – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar baru-baru

Lawatan Muhibbah Daripada KH Ustaz Arief Heri Setyawan, Khadimul Ma’hadAssalam, Kalimatan Timur
Selasa, 23 Disember 2025 – Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji
Bandar Seri Begawan, 22 September 2025 – Majlis Penutup Hari Terbuka Perpustakaan UNISSA 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Perpustakaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kampus Gadong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dr Haji Supri bin Haji Sudin, Dekan Hal Ehwal Pelajar UNISSA. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan dekan dan pengarah, para pensyarah dan pelajar-pelajar UNISSA serta peserta jualan buku terdiri dari penerbit Kerajaan dan toko buku.
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Amal Syukriyyah binti Haji Abd Kahar, Pemangku Ketua Perpustakaan UNISSA, dan ucapan dari wakil kelab Perpustakaan, pengerusi ‘Nadi Maktabah’ sesi 2024/2025, Yang Mulia Hajah Nurul Sakinah binti Haji Museli, pelajar sarjana muda fakulti undang-undang UNISSA.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada ahli-ahli Nadi Maktabah sesi 2024/2025 serta penyampaian surat lantikan kepada ahli-ahli Nadi Maktabah sesi 2025/2026 yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat. Turut diadakan ialah penyampaian sijil penghargaan kepada peserta jualan buku Hari Terbuka Perpustakaan UNISSA 2025, antaranya ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Sejarah Brunei, Syarikat Best Eastern dan Syarikat Pustaka Remaja.
Hari Terbuka Perpustakaan UNISSA ataupun ‘Open Maktabah’ merupakan aktiviti tahunan perpustakaan dilaksanakan mulai tahun 2019 yang bertujuan untuk menarik pengguna-pengguna ke Perpustakaan UNISSA. Pada tahun ini, aktiviti ini telah berlangsung selama lima hari iaitu pada 16 hingga 22 September 2025. Antara pengisian utama sepanjang program ini adalah sesi taklimat berbentuk booth bagi menerangkan dan menunjukcara secara ringkas sistem-sistem perpustakaan, database-database yang dilanggan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh perpustakaan, kuiz, serta promosi ‘Ilal Maktabah’ yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar Nadi Maktabah dan diserikan lagi dengan jualan buku daripada beberapa penerbit Kerajaan dan toko-toko buku.
