
TAKLIMAT DAN SESI KONGSISAMA “CONVO-SET-CAREER”
TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah
Ahad, 12 Oktober 2025 – Majlis Pembukaan Sukan Tahunan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) 2025 telah diadakan hari ini bertempat di Padang & Balapan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah. Majlis Pembukaan Sukan Tahunan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dr Haji Arman bin Haji Asmad, Penolong Rektor Penyelidikan, Antarabangsa dan Perkhidmatan selaku tetamu Kehormat Majlis.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Muhammad Haziq Asnawi bin Abdullah, Ketua Unit Sukan dan Rekreasi MPP PPUNISSA dan diteruskan lagi dengan senaman pagi beramai-ramai dan Briskwalk. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara olahraga bagi mahasiswa & warga kerja (lelaki) dan acara Mini Games bagi mahasiswi & warga kerja (perempuan). Penyampaian hadiah bagi acara tersebut telah disempurnakan oleh Penolong-Penolong Rektor UNISSA.

Terdahulu, beberapa buah acara sukan telah dimulakan sejak 1 Oktober 2025 dengan menyaksikan perlawanan Bola Sepak bagi mahasiswa & warga kerja(lelaki) dan sukan badminton bagi mahasiswi & warga kerja(perempuan). Selain daripada itu, sukan-sukan yang telah dijalankan sebelum ini antaranya termasuklah sukan Volleyball, Netball, Frisbee, Sepak Takraw, Bowling dan Dodgeball.