
Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA sertai Blueprint Endowmen 5.0 bagi memperkukuh kelestarian kewangan UNISSA
Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah

Selasa,28 Julai 2026-Alhamdullilah, dua orang pelajar mewakili Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), iaitu Muhammad
Rabu, 4 September 2024 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Unit Keugamaan dan Takmir Surau) telah mengadakan Majlis Pembukaan Berdikir 12 Malam bagi memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam pada hari Rabu, 30hb Safar 1446H bersamaan 04hb September 2024M, selepas solat fardhu Maghrib berjemaah, bertempat di Surau Al-Syafi’i, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Rektor UNISSA, YM Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh pelajar tahun 2 dari Fakulti Usuluddin, Md Hazmi bin Haji Abd Mutalib. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan surah al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Laungan Dikir Syarafil Anam dipimpin oleh Exco Unit Keugamaan dan Takmir Surau, MPP, Ak Md Afiq Hanif bin Pg Md Hadzarin. Manakala doa dikir pula dipimpin oleh pelajar tahun 2 dari Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban, Md Abd Muhaimin bin Haji Kifli. Majlis kemudian diakhiri dengan sembahyang fardu Isya berjemaah.
Majlis ini merupakan salah satu acara kebesaran Islam, mengharapkan syafaat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam dan keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala jua. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Timbalan Rektor (Dasar dan Korporat), Pegawai-Pegawai Utama, Tenaga Akademik, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan serta Mahasiswa UNISSA.
