
TAKLIMAT DAN SESI KONGSISAMA “CONVO-SET-CAREER”
TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah
Ahad, 24 Ogos 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (Unit Keugamaan dan Takmir Surau) telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir 12 Malam bagi memperingati hari kelahiran Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassallam, selepas solat fardhu Maghrib berjemaah, bertempat di Surau Al-Syafi’i, UNISSA.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Rektor UNISSA, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Turut hadir pada majlis tersebut ialah penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai-pegawai dan kakitangan serta mahasiswa UNISSA.

Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Exco Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA, Mohammad Hamiz Mirza bin Haji Sudirman.
Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan surah al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA dan diikuti dengan laungan dikir beramai-ramai yang dipimpin oleh pelajar tahun 2 dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Ahmad Izzat Mu’izuddin bin Haji Masli.

Majlis ini merupakan salah satu acara kebesaran Islam dengan niat mengharapkan syafaat Baginda Rasulullah SAW dan keberkatan daripada Allah SWT.
