
PUSAT KAJIAN MANUSKRIP ISLAM MENGADAKAN PROGRAM TAZKIRAH & IFTAR BERSAMA MASYARAKAT
Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

UNISSA-UM EXPLORES COLLABORATION IN THE AREAS OF COOPERATION, DEVELOPMENT, AND PUBLIC RELATIONS The strengthening of

MUHIBBAH’S VISIT BETWEEN UNIVERSITAS NEGERI MALANG AND UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI STRENGTHENS RESEARCH, COMMUNITY



Dalam menyahut sokongan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) yang telah mengistiharkan tarikh 23 April sebagai Hari Buku Sedunia, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan Sambutan Hari Buku Sedunia 2025 selama dua (2) hari bermula 14 Mei hingga 15 Mei 2025.
Majlis pelancaran Sambutan Hari Buku Sedunia 2025 telah diadakan pada 16 Zulkaedah 1446 bersamaan dengan 14 Mei 2025 bertempat di Tingkat 1, Bangunan Fakulti Pertanian di Kampus Sinaut. Majlis pelancaran Hari Buku Sedunia 2025 telah disempurnakan oleh Yang Mulia Permangku Timbalan Rektor UNISSA, Dr Haji Arman bin Haji Asmad.
Sambutan Hari Buku 2025, Peringkat UNISSA ini merupakan salah satu acara tahunan dan merupakan anjuran bersama Perpustakaan, Pusat Penyelidikan dan Penerbitan dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pelbagai pengisian telah dirancang untuk menyemarakkan lagi sambutan hari buku pada tahun ini.
Majlis dimuatkan dengan sesi bincang-bincang buku bagi buku ‘Mengurus Faktor Tekanan Dengan Kaedah Kerohanian Islam’ dan disampaikan oleh penulis buku Dr Hajah Nur Annisa binti Haji Sarbini oleh Penolong Profesor Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA.
Pada tahun ini, Yang Mulia Awang Rajali bin Haji Aji, Penolong Pensyarah, Fakulti Undang-undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Dayang Nor Surilawana binti Haji Sulaiman Penolong Pensyarah, Pusat Penyelidikan Halalan Thayyiban telah diberikan penghargaan sebagai Best Academician Patron. Manakala Dayang Norhafizah binti Abdullah Hapidshah Pelajar Fakulti Undang-undang Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Dayang Siti Hadhirah binti Haji Mohamed Azlan pelajar Fakulti Pertanian telah diberikan penghargaan sebagai best student patron.
Majlis juga diteruskan dengan pelancaran Sudut Bacaan Mureeh. Perkataan Mureeh diambil daripada Bahasa Arab مريح, yang bermaksud selesa, tenang, dan bersantai. Inisiatif ini diperkenalkan sebagai usaha untuk mendukung kesihatan mental dengan menyediakan ruang di kawasan perpustakaan yang membolehkan pelajar berehat, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan produktiviti mereka melalui aktiviti ringan seperti membaca bahan santai, dan permainan bahan terapi. Inisiatif ini juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya dalam aspek Kesihatan & Kesejahteraan (SDG 3), Pendidikan Berkualiti (SDG 4), dan Bandar dan Komuniti Mampan (SDG 11).
Tetamu kehormat juga turut menyaksikan aktiviti penyediaan Bookmark and Peraduan Really Short Story yang dianjurkan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa yang disertai oleh pelajar-pelajar Sekolah Rendah Sinaut Tutong.
Di antara aktiviti lain yang akan diadakan sempena Hari Buku Sedunia 2025 ialah: