
TAKLIMAT DAN SESI KONGSISAMA “CONVO-SET-CAREER”
TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah
13 November 2025 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), dengan kerjasama Pusat Pekerjaan Brunei (PPB) telah menganjurkan Bengkel Kerjaya Level-Up!: CV and Interview Skills bertempat di Dewan Auditorium UNISSA, Gadong.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan pengenalan menyeluruh mengenai Pusat Pekerjaan Brunei, termasuk peranan, perkhidmatan serta peluang yang ditawarkan kepada pencari kerja dan graduan tempatan, di samping membimbing peserta menghasilkan CV yang berkesan serta mempersiapkan diri menghadapi sesi temuduga dengan lebih yakin dan profesional. Seramai 46 peserta yang terdiri daripada para pelajar dan alumni UNISSA telah menyertai bengkel ini.

Sesi pagi dimulakan dengan taklimat mengenai fungsi dan perkhidmatan PPB diikuti bengkel penulisan CV. Pada sesi petang, peserta mengikuti bengkel kemahiran temuduga yang menekankan teknik menjawab soalan, etika profesional dan cara menonjolkan kelayakan semasa temuduga.

Melalui penganjuran ini, peserta bukan sahaja memahami peranan PPB sebagai pusat sehenti kerjaya negara, malah memperoleh bimbingan praktikal yang relevan dengan keperluan pasaran kerja tempatan.