KONGSI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN KERJAYA SEBAGAI PENDAKWA SYARIE KEPADA PELAJAR UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan Taklimat Kerjaya: Kerjaya Sebagai Pendakwa Syar’ie pada hari Sabtu, 15 Rejab 1445H bersamaan dengan 27 Januari 2024M. Program ini merupakan koloborasi buat julung kalinya melibatkan OCeAN dan Bahagian Pendakwaan Syar’ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Seramai 58 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA telah mengikuti taklimat yang diadakan di Bilik L1.3, UNISSA Gadong.

Taklimat Kerjaya ini dimulakan dengan penyampaian taklimat pertama yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Nizam Sumurdani bin Haji Abd Talib, Timbalan Pendakwa Syar’ie yang mengongsikan pengalaman dan aktiviti para pendakwa syar’ie. Manakala bagi penyampaian taklimat kedua pula disampaikan oleh Yang Mulia Puan Hajah Fatimah binti Haji Ahmad, Pendakwa Syar’ie. Puan Hajah Fatimah memberikan penjelasan mengenai peranan dan tanggungjawab serta ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang pendakwa syar’ie.

Sesi kedua diisikan dengan memberikan ruang dan peluang kepada para peserta untuk mengajukan soalan selain mengadakan kuiz menguji fahaman para peserta secara atas talian.

Para peserta mengongsikan rasa puas hati dan respon yang positif dalam maklum balas yang diterima serta mencadangkan lebih banyak program dan aktiviti pembangunan kerjaya untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

Antara tujuan taklimat ini ialah untuk menambah pengetahuan para peserta mengenai peranan dan tanggungjawab seorang pendakwa syar’ie, khususnya di Negara Brunei Darussalam.

Taklimat kerjaya ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada para alumni dan mahasiswa mahasiswi UNISSA bagi memahami kepentingan dalam menegakkan undang-undang syariah di Negara Brunei Darussalam.