Al-Shafi'i | International Journal of Islamic Contemporary Studies https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii
Al-Shafi’i: International Journal of Islamic Contemporary Studies will be an annual scholarly work published by MSRC with the hope that it can be an impetus to further increase research activities among UNISSA academics as an integration of academic responsibility to serve the community towards the development of Islam in Brunei Darussalam.
en-US
Al-Shafi'i published by UNISSA Press is an open access journal. All articles are published under the terms of the Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC-BY).

This licence permits unrestricted use, distribution, and reproduction provided that the authors, citation details and publisher are clearly identified.

For any reuse or distribution, users must make clear that the article is made available under a Creative Commons Attribution license. Al-Shafi'i retains the copyright.
msrc@unissa.edu.bn (Al-Shafi’i) journal.unissa@gmail.com (OJS Support) Sat, 28 Dec 2024 01:19:09 -0600 OJS 3.3.0.10 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 DAKWAH TERHADAP GOLONGAN OKU MELALUI APLIKASI TIKTOK: KAJIAN DI MALAYSIA https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/907
Pada era globalisasi ini, aplikasi TikTok merupakan salah satu platform dalam dunia hiburan yang
muncul sebagai aplikasi paling pesat berkembang sejak kebelakangan ini dengan peningkatan pengguna
dari saban tahun, tidak kira golongan muda mahupun tua. Aplikasi TikTok menawarkan penciptaan dan
perkongsian video yang ringkas dan pantas untuk berhubung dengan pelbagai latar belakang
masyarakat. Walaupun aplikasi ini menjadi kontroversi di sesetengah negara dengan pengharaman dan
ancaman dari pelbagai pihak, namun ianya tidak menghentikan pertumbuhan penggunanya dalam
kalangan pengguna normal mahupun pengguna OKU. Tajuk kajian ini adalah berkaitan dengan
“Dakwah Terhadap Golongan OKU Melalui Aplikasi TikTok”. Oleh yang demikian, objektif kajian
adalah untuk mengkaji sejauh mana aplikasi TikTok mampu dijadikan medium untuk menyampaikan
dakwah dalam kalangan OKU, serta mengkaji isu atau tema yang dibahaskan dalam konteks dakwah
sekali gus mengetahui kaedah penyampaian yang digunakan kepada golongan OKU. Metode kajian
yang digunakan untuk menyiapkan kajian ini adalah dengan kaedah penelitian bagi pengguna aplikasi
TikTok antara da’i(pendakwah) terhadap mad’u(sasaran dakwah) dan kaedah perpustakaan berkaitan
sejarah dan latar belakang penubuhan TikTok. Hasil penelitian pengkaji mendapati bahawa tema atau
isu yang sering dibincangkan adalah berkaitan dengan solat, puasa, haji, haid, mandi wajib, dan juga
kaedah membaca Al-Quran bagi golongan OKU dengan menggunakan kaedah bahasa isyarat, ini
menjadikan aplikasi TikTok berpotensi sebagai medium bagi menjalankan usaha-usaha dakwah dalam
kalangan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai pengguna TikTok untuk samasama menyebarkan dakwah melalui aplikasi TikTok.

Kata Kunci: Dakwah, OKU (Orang Kelainan Upaya), TikTok
Nur Fatihah Wahidah binti Salleh, Hajjah Rasinah binti Haji Ahim Copyright (c) 2024 MSRC https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/907 Sat, 29 Jun 2024 00:00:00 -0500 KEFAHAMAN MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM JOHOR SULTAN IBRAHIM (KUIJSI) TERHADAP KONSEP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/908
Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah lama bertapak di Malaysia secara umum dan di Johor
secara khusus selari dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu. Namun, kefahaman
masyarakat terhadap konsep Ahli Sunah Wal Jamaah masih belum berada pada tahap
memuaskan. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar
di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) terhadap konsep Ahli Sunah Wal
Jamaah, Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 293 responden di
KUIJSI, berdasarkan teknik prosedur persampelan rawak mudah, Hasil kajian mendapati tahap
pengetahuan pelajar KUIJSI terhadap konsep Ahli Sunah Wal Jamaah berada pada tahap
sederhana kerana kebanyakan jawapan betul yang diberikan bagi item-item yang ditanya
adalah antara 50% ke 70%. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan kesedaran kepada pelajar
KUIJSI tentang kepentingan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah. Usaha dan langkah proaktif
perlu dilakukan oleh semua pihak sama ada pihak berautoriti di peringkat KUIJSI secara
khusus dan peringkat negeri Johor serta kebangsaan secara amnya, di samping badan-badan
bukan kerajaan agar kekurangan kefahaman terhadap konsep Ahli Sunah Wal Jamaah dapat
diatasi. Langkah pengukuhan terbaik adalah melalui pendidikan di peringkat sekolah rendah
dan menengah, di samping ceramah di surau dan masjid.

Kata kunci: Islam, Ahli Sunah Waljamaah, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim,
KUIJSI
Ahmad Safwan Bin Yunos, Muhammad Akif Shakir Bin Abdul Shukor, Muhammad Syafiq Ikhwan Bin Ishak, Dinie Nur Aiman Bin Suwaji, Siti Nurizwani Binti Zainuddin, Nur Athirah Izzaty Binti Abdullah Copyright (c) 2024 MSRC https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/908 Sat, 28 Dec 2024 00:00:00 -0600 KEADILAN KONSENKUENSI NUSYUZ DARI SUAMI DAN ISTRI PERSPEKTIF MUBADALAH https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/909
Permasalahan yang sering terjadi dalam perkawinan adalah Nusyuz, yaitu perbuatan yang
melawan atau durhaka. Nusyuz boleh datang dari salah seorang daripada dua orang sepasang.
Antaranya, Nusyuz dari pihak isteri ialah isteri tidak memberi kebenaran kepada suaminya
untuk keluar rumah dan tidak mahu diajak bersetubuh atau Nusyuz dari pihak suami adalah
seperti suami keberatan untuk menemani isteri dan meninggalkannya di atas katil. Akibatnya,
akhirnya seorang isteri tidak mendapat nafkah dan suaminya akan disusuli oleh pihak berkuasa.
Daripada setiap akibat ini, mula timbul dakwaan yang berbeza daripada orang ramai,
terutamanya mengenai keadilan akibat terhadap isteri. Di sini penulis menyingkap hasil
pencariannya berhubung akibat keadilan suami isteri nusyuz dari perspektif mubjadi. Jika
diteliti dari sudut mubjadi, akibat kedua-duanya adalah tidak adil. Kenapa begitu? Kerana
dalam mubindah yang bermaksud timbal balik, ia mensyaratkan setiap keputusan undangundang yang dikenakan ke atas lelaki dan wanita mestilah sama.

Kata kunci: keadilan, akibat nusyuz, mubjadi.
Salman Al Faris, Wahdatun Copyright (c) 2024 MSRC https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/909 Sat, 28 Dec 2024 00:00:00 -0600 INOVASI PRODUK WAKAF KONTEMPORARI; PENGALAMAN MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP) KUALA LUMPUR, MALAYSIA https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/910
Wakaf di Malaysia telah bermula seiring dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu.
Pengurusannya terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai
Pemegang Amanah Tunggal wakaf. Selaku sole-trustee, MAIN telah memperkenalkan pelbagai
inovasi agar wakaf kekal relevan sebagai sektor ekonomi kebajikan untuk kemajuan ummah
sejagat. Berdasarkan kepada kajian lapangan dan temu bual bersama pihak MAIWP didapati
pelbagai inovasi produk wakaf kontemporari seperti wakaf korporat dan wakaf saham untuk
manfaat keagamaan, pendidikan, sosial dan kesihatan telah diwujudkan. Antaranya ialah Wakaf
Korporat FELDA, di mana FELDA sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan di beri kuasa untuk
mengurus, mengutip dan mengagihkan manfaat wakaf di samping memelihara dan
mengembangkan dana wakaf. Sejak dilancarkan pada tahun 2021, sejumlah hampir RM30 juta
dana wakaf telah berjaya dikumpulkan dan diagihkan. Justeru dalam kertas ini penyelidik
melaporkan sebahagian daripada dapatan temu bual bersama pihak MAIWP untuk rujukan para
pengkaji dan penyelidik wakaf. Dapatan ini dilaporkan secara bertulis menggunakan gambarajah,
jadual dan diperkukuhkan dengan sumber literatur dan dibincangkan secara kritis untuk pengetahuan pembaca. Dengan kejayaan memperkenalkan pelbagai inovasi wakaf selayaknya
MAIWP menjadi model dan inspirasi bagi pengurus wakaf untuk terlibat secara konsisten dalam
menghasilkan produk wakaf kontemporari yang dapat memberikan dampak positif bagi
masyarakat dan negara. Ini bagi memastikan peranan wakaf yang signifikan dalam menyokong
pembangunan infrastruktur, memperluas akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran, serta
meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat. Melalui inovasi kontemporari seperti ini juga
wakaf tidak lagi dianggap sebagai sunnah yang hilang atau gergasi yang tidur apabila berjaya
digerakkan secara kolektif dan bersepadu demi menyemarakkan aktiviti berwakaf di seantero
dunia Islam khasnya.

Kata kunci: inovasi wakaf kontemporari, wakaf korporat, wakaf saham, wakaf tunai, wakaf
pendidikan.
Dr. Mohd Ali bin Muhamad Don, Dr. Mohd Rilizam bin Rosli, Dr. Mohd Shukri bin Mohd Senin, Mohd Farhan bin Ahmad, Dr. Mas Nooraini Mohiddin, Dr. Cecep Soleh Kurniawan, Dr. Kamaru Salam Yusof Copyright (c) 2024 MSRC https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/910 Sat, 28 Dec 2024 00:00:00 -0600 DISABILITY AND ISLAMIC SPIRITUAL PRACTISE: A STUDY OF MUSLIM PHILANTHROPIC ACTIVITIES FOR THE DISABLED IN NIGERIA https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/911
Indeed, there are links between Islam, philanthropy and disability. This is because aids and social
support are core to religion. However, there is the problem of the extent to which Muslims with
disabilities (MWDs) have received help in carrying out their spiritual and social activities in
Nigeria. Previous studies have shown that many of them face stigma, discrimination, violence, and
lack of access to healthcare, housing and education. The present study assesses the amount of
support Muslim individuals and organizations in Nigeria give to Muslims with disabilities
(MWDs). Through descriptive and historical approaches, among the contributions of the present
work to the discourse is its attempt to present the risk often encountered by Muslims with
disabilities due to increased exposure and vulnerability to poverty. This paper suggests that the
concepts of Zakat, Sadaqah, and Waqf should be applied strategically by the Muslim communities
to address the welfare of the disabled in the country. It also recommends that philanthropic
responsibilities toward the Muslim disabled community should not be haphazard or half-hearted
because Islam enjoins that Muslims should fulfill their duties as helpers and should do so to the
best of their abilities.

Keywords: Islam; philanthropy; disability; Muslim with disabilities (MWDs); Nigeria.
AbdulGafar Olawale Fahm Copyright (c) 2024 MSRC https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/911 Sat, 28 Dec 2024 00:00:00 -0600 رد ادعاء إباحة النبي لنفسه الخلوة بالنساء https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/912
تبحث هذه الدراسة، واليت تعتمد على املنهج التحليلي النقدي، يف الرد على ادعاءات أعداء اإلسالم الذين زعموان النبي صلى الله عليه وسلم أباح لنفسه الخلوة بالأجنبيات بينما حرمها على المسلمين، مستدرين إلى روايات مثل خلوته مع امرأة من الأنصار وزيارة أم حرام بنت ماحان. فيستدلون لزعمهم بالحديث النبوي بأن النبي قد اختلى بامرأة من الأنصار، وقال لها مغازلا: (والذي نفسي بيده إنكم أحب الناس إلي) مرتين (رواه بخاري)، كما يستدلون بأن النبي (كان يختلى بأم حرام بنت ملحان ويزوجها في بيتها)(رواه البخاري). وتهدف الدراسة إلى تحليل الروايات والسياق التاريخي لها من خلال منهج نقدي، لتوضيح الحقيقة ودحض المزاعم الموجبة ضد النبي صلى الله عليه وسلم وتشريعية. وتسعى الدراسة إلى إزالة اللبس وتعزيز إيمان المسلمين من خلال تقديم إجابة علمية دقيقة تظهر التوجيه النبوية في سياقه الصحيح وتظهر الفهم الدقيق للتراث الإسلامي في مواجهة الشبهات المعاصر. وتظهر الدراسة من خلال نتائجها أن معالجة الشبهات الفكرية تعزز الإيمان لدى المسلمين وتفتح المجال لفهم أعمق منصف عند غير المسلمين
Elsayed Mohamed Abdalla Amin, Dr Hajah Lilly Suzana Binti Haji Shamsu, Ibrahim Mansor Ibrahim Al-Baz Copyright (c) 2024 MSRC https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/912 Sat, 28 Dec 2024 00:00:00 -0600