Published 2022-06-28
How to Cite
Copyright (c) 2022 Al-Shafi'i | International Journal of Islamic Contemporary Studies

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Kajian ini mengkaji perniagaan jual beli emas yang telah ditentukan oleh syarak. Pengkaji akan mengambil pendapat Mazhab Syafi’i sebagai pendapat yang utama dan mengambil pendapat mazhab lain sebagai perbincangan di dalam kajian. Emas termasuk di dalam mal ribawiyah dan hukum jual beli emas menjadi haram riba jika tidak mengikut syarat-syarat yang di tentukan iaitu mumathalah, hulul dan taqabbudh. Permasalahan kajian utama ialah hukum di dalam jual beli emas mengikut jenisnya. Kajian ini akan mendefinisikan emas dan jual beli di dalam hukum Islam serta syarat-syaratnya. Metod penyelidikan dalam menjalan kajian ini ialah kajian perpustakaan. Pengkaji mendapati perbezaan hukum di dalam transaksi jual beli mengikut jenis emas. Hasil kajian ini akan menjadi rujukan pengguna untuk memahami konsep jual beli dan riba di dalam agama Islam.