Published 2022-06-28
How to Cite
Copyright (c) 2022 Al-Shafi'i | International Journal of Islamic Contemporary Studies

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Copyright NoticeAbstract
Sejak tahun 1962, Jabatan Mufti Kerajaan adalah jabatan dan institusi yang berautoriti dalam bertanggungjawab mengeluarkan hukum dan fatwa bagi menjawab segala permasalahan yang muncul daripada masyarakat agar penduduk negara ini dapat menjalani kehidupan berlandaskan nilai-nilai Islam yang murni. Sejarah membuktikan bahawa jabatan ini memang berjaya dalam menegakkan hukum Islam sehingga segala fatwa-fatwa yang dikeluarkan adalah menjadi sandaran dan rujukan serta menjadi akta undang-undang di negara ini. Penubuhannya tidak syak lagi adalah merupakan satu mercu tanda kegemilangan Islam di Negara Brunei Darussalam. Metodologi Kajian yang digunakan adalah pengumpulan melalui data sekundar iaitu mengutamakan penyelidikan perpustakaan dan data tersebut dikumpul daripada kajian-kajian yang berkaitan sama ada dalam bentuk artikel, buku, majalah, kertas kerja dan suratkhabar. Pelbagai kemajuan dan perubahan yang sangat ketara boleh disaksikan dalam memelihara syiar Islam di negara ini umpamanya seperti fatwa mengenai pengharaman alat kebesaran diraja yang dikenali sebagai Kuching Emas, pengharaman babi dan arak untuk dijual.