Vol. 1 (2022): Al-Shafi'i: Vol 1, January - June 2022
Articles

Pengaruh Uṣūl Fiqh Mazhab Syāfi‘Ī Terhadap Ulama Muta’akhkhirīn Mazhab Fiqh Lain Dan Ulama Di Alam Melayu

Published 2022-06-28

How to Cite

Mas Reduan bin Haji Jumat, & Ibnor Azli Ibrahim. (2022). Pengaruh Uṣūl Fiqh Mazhab Syāfi‘Ī Terhadap Ulama Muta’akhkhirīn Mazhab Fiqh Lain Dan Ulama Di Alam Melayu. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 1, Page 25–53. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/461

Abstract

Imam Syāfi‘ī raḍiallāhu ‘anhu ialah pengasas ilmu Usul Fiqh. Perkara ini telah membuka mata para ulama fiqh selepas beliau, lalu mereka mengikut jejak langkah beliau dalam penyusunan ilmu Usul Fiqh berdasarkan metodologi mazhab masing-masing. Ini seolah-olah menunjukkan adanya pengaruh Usul Fiqh Mazhab Syāfi‘ī terhadap ulama-ulama lain. Justeru objektif kajian ini adalah untuk membincangkan tentang pengaruh ilmu Usul Fiqh dalam Mazhab Syāfi‘ī terhadap ulama muta’akhkhirīn mazhab fiqh yang lain; Mazhab Ḥanafī, Mazhab Mālikī dan Mazhab Ḥanbalī, serta pengaruhnya terhadap ulama di Alam Melayu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metodologi kepustakaan dalam mengumpulkan maklumat daripada kitab-kitab seperti kitab-kitab Usul Fiqh Mazhab Syāfi‘ī, Mazhab Ḥanafī, Mazhab Mālikī dan Mazhab Ḥanbalī yang terpilih dan sebagainya. Seterusnya analisa kandungan kitab-kitab tersebut dijalankan bagi mengeluarkan dapatan kajian. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa Usul Fiqh Mazhab Syāfi‘ī mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penulisan Usul Fiqh mazhab yang lain dan juga terhadap ulama di Alam Melayu. Usaha ulama di Alam Melayu dalam bidang Usul Fiqh pula turut memberikan sumbangan yang besar kepada perkembangan ilmu Usul Fiqh dalam dunia Islam.