Vol. 1 (2022): Al-Shafi'i: Vol 1, January - June 2022
Articles

Zakat harta ahli keluarga dan tanggungan menurut fiqh islami dan impaknya

Published 2022-06-28

How to Cite

Norliyana Izzati Mohd Nazri, & Hasanah Abd Khafidz. (2022). Zakat harta ahli keluarga dan tanggungan menurut fiqh islami dan impaknya. Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 1, Page 1–24. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/460

Abstract

Zakat harta ahli keluarga dan tanggungan wajib dilaksanakan oleh ketua keluarga sekiranya mereka telah lulus syarat menunaikan zakat harta mengikut fiqh islami iaitu hawl dan niṣāb. Dalam hal ini, ketua keluarga berperanan besar dalam memastikan tadbir urus harta ahli keluarga dengan melaksakan ibadah zakat harta ahli keluarga. Namun begitu, zakat harta ahli keluarga tidak pernah disenaraikan dalam semua pusat dan institusi zakat di Malaysia memandangkan zakat harta ini bukan dari jenis zakat yang lima. Zakat harta ahli keluarga adalah terma yang baharu yang digunakan sempena kempen bagi menarik para ketua keluarga untuk membayar zakat harta ahli keluarga mereka yang sudah mencukupi syarat yang ditetapkan dalam garis panduan yang ditetapkan. Implikasinya, garis panduan zakat dalam bentuk ini tidak popular dan tidak diberi perhatian oleh pengeluar serta pengutip zakat di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para ketua keluarga mengenai syarat-syarat pelaksanaan zakat harta keluarga menurut fiqh islami. Untuk mencapai objektif tersebut kaedah analisis kandungan rujukan turath telah dijalankan seperti kitab fiqh bermazhab al- Shafici dan pelbagai penulisan ilmiah berkaitan zakat harta ahli keluarga dan tanggungan.. Kesan yang baik yang diperoleh daripada pelaksanaan zakat harta keluarga adalah dapat melahirkan individu yang memberi impak dari sekecil-kecil perkara seperti bersikap pemurah dan bersih jiwa, malah kepada ahli keluarga serta masyarakat sehingga dapat memberi kesan besar yang positif terhadap negara.