ANALISA KEDUDUKAN DAN AMALAN TASAWUF MENURUT PANDANGAN IMAM MUHAMMAD BIN IDRIS AL-SHAFI’I (150H-204H)

Authors

  • Prof Madya Dr Muhammad Khairi bin Mahyuddin Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

tasawuf, Imam al -Shafi’i

Abstract

Ilmu tasawuf telah wujud di zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai istilah Ihsan. Berdasarkan perubahan zaman maka para ulama telah menerima istilah tasawuf sebagai satu ilmu sharak yang benar dalam Islam. Imam Muhammad bin Idris al-Shafi’i (150H-204H) merupakan ulama salaf yang turut berkecimpung dalam ilmu dan amalan tasawuf. Sebahagian ulama mengumpulkan pandangan Imam mengani ilmu dan amalan tasawuf dalam karya mereka seperti Manaqib al-Shafi’i dan lain-lain. Objektif penulisan ini ialah menerangkan pendirian Imam al Shafi’i terhadap tasawuf dan menafsirkan maksud pemikiran dan kalamnya yang sebenar terhadap amalan tasawuf. Metodologi yang digunakan ialah metode sejarah dan analisa kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Imam al-Shafi’i mengiktiraf ilmu dan kedudukan tasawuf dalam Islam. Beliau sendiri mempelajari dan mengamalkan tasawuf bersumberkan al -Quran dan al sunnah yang berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Imam al-Shafi’i juga adalah faqih dan sufi berdasarkan ilmu, amalan dan peribadinya.

Downloads

Published

2026-05-13

How to Cite

Prof Madya Dr Muhammad Khairi bin Mahyuddin. (2026). ANALISA KEDUDUKAN DAN AMALAN TASAWUF MENURUT PANDANGAN IMAM MUHAMMAD BIN IDRIS AL-SHAFI’I (150H-204H). Al-Shafi’i | International Journal of Islamic Contemporary Studies, 7(2), 13–30. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/al-shafii/article/view/1569