PENDEKATAN MANHAJ KEROHANIAN MENURUT MAZHAB SHAFI’I DALAM MEMPERKUKUH AQIDAH UMAT ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM
Keywords:
Manhaj Kerohanian, Mazhab Syafi’i, Pengukuhan AkidahAbstract
Pendekatan kerohanian merupakan salah satu aspek penting dalam usaha memperkukuh akidah umat Islam, khususnya dalam menghadapi pelbagai cabaran moden yang mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup masyarakat hari ini. Justeru makalah ini akan memfokuskan kepada pendekatan kerohanian menurut Mazhab Syafi’i yang menjadi pegangan utama umat Islam di Nusantara termasuk negara Brunei Darussalam. Pendekatan ini bukan sahaja menekankan aspek luaran dalam beragama seperti ibadah dan hukum-hakam, tetapi turut memberi perhatian kepada pembentukan kerohanian dan jiwa yang seimbang. Objektif kajian ini ingin mengenal pasti ciri-ciri manhaj kerohanian dalam Mazhab Syafi’i dan kepentingannya dalam memperkukuh akidah umat Islam pada era modernisasi kini. Penulisan makalah ini akan menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan (library research) dengan meneliti karya ulama Syafi’iyyah yang berkaitan dengan aspek kerohanian. Beberapa rujukan kontemporari turut digunakan bagi memahami konteks penerapan manhaj pada masa kini. Hasil dapatan kajian menunjukkan pendekatan kerohanian Mazhab Syafi’i mempunyai asas yang kukuh dalam membina keimanan yang mantap dan jiwa yang tenang. Antaranya galakan terhadap keseimbangan antara dalaman dan luaran serta saranan bagi pendekatan bersifat hikmah dalam menyampaikan ajaran agama. Kajian turut menekankan konsep tazkiyat al-nafs sebagai asas pembinaan jiwa, prinsip taysir yang memudahkan penerapan hukum tanpa mengabaikan prinsip, serta relevansi pendekatan ini dalam menghadapi cabaran ideologi moden dan budaya digital. Pendekatan kerohanian ini juga memperlihatkan keupayaan Islam sebagai agama yang fleksibel namun tetap berpegang teguh kepada prinsip. Oleh itu, pendekatan ini wajar diperkasa sebagai strategi dalam memperkukuh akidah masyarakat muslim.
References
Abd Razak, M. A., Zainal Abidin, M. S., & Harun, M. S. (2023). Islamic psychospiritual theory according to the perspective of Maqasid al-Sharia. Islāmiyyāt, 45(1), 69–79.
Abdullah, A. H. (2022). Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah kerajaan di Negara Brunei Darussalam
Abd Wahid, N., Omar, S. H. S., Yunus, A. M., Adam, F., & Abdullah, N. H. (2017). The Sufism thoughts of Imam al-Shafi’i: A critical analysis from the Diwan al-Shafi’i. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(5), 1–10.
Abu Dardaa Mohamad, Hamjah, S. H., Mokhtar, A. I., & Abdul Ghani, M. Z. (2017). Tazkiyat al-nafs dalam kerangka maqasid al-shari‘ah. Al-Hikmah, 9(2), 87–98. http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/173
Al-Ghazālī, A. Ḥ. M. (n.d.). Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn (Jil. 3) [PDF]. Internet Archive. Diperoleh daripada https://archive.org/details/IhyaUlumudin4VolumesComplete
Aminnuddin, A. Q., & Ramli, M. A. (2018). Penggunaan mazhab selain Syafi‘i dalam fatwa Negara Brunei Darussalam. Journal of Fatwa Management and Research, 7(1), 37–56.
Al-Shafi’i, M. I. I. (2010). Kitab Ar-Risalah Imam Syafie (Dr. Muhammad Amar Adly, Penterjemah). Kuala Lumpur: Jasmin Publications
Al-Shafi’i, M. I. I. (n.d.). Diwan al-Imam al-Shafi’i. Internet Archive. https://archive.org/details/DiwanOfImamShafiiArabic
Bandial, A. (2019, October 10). Worrying climb in suicide rate requires urgent action, says health minister. The Scoop. https://thescoop.co/2019/10/10/worrying-climb-in-suicide-rate-requires-urgent-action-says-health-minister/
Daud, A.Z.M (2024, Mei). Kesihatan Mental: Pentingnya kefahaman, penanganan berkesan dan langkah pencegahan. Kertas kerja Seminar Kesihatan Mental, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam. https://e-ilami.unissa.edu.bn
Hassan, P., Muhamad, A. H., & Mahmud, A. (2023). Kaedah Taysir dalam Mengurus Isu Fiqh Minoriti: Kajian terhadap Komuniti Orang Asli di Malaysia. Jurnal Syariah dan Undang-Undang Kontemporari, 12(1), 45–60.
Ibrahim, N. H. (2018). Islam Liberalisasi: Isu dan cabaran serta usaha membendungnya – Pengalaman Negara Brunei Darussalam. Kertas Tema, SOM MABIMS ke-43, Negara Brunei Darussalam.
Jabatan Pengajian Islam. (n.d.). Dasar dan Program Pendidikan Agama di Brunei Darussalam. Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei Darussalam.
Jafar, M. (2018). Imam Asy-Syafi’i dan perkembangan mazhabnya. Jurnal Hukum, Pendidikan dan Dakwah STAIN Aal-Aziziyah, 7(1), 17–38.
Matali, A. (2019). Peranan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dalam pemantapan fahaman mazhab Syafi’i di Negara Brunei Darussalam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 4(19), 14–28.
Muhammad Idris. (1998). Mu’jam at-Ta’bīrāt al-Qur’āniyyah (Cet. 1). Kairo: Dār al-Thaqāfah li al-Nashr.
Mohamad, S. M. (2023). Youth Religious Expression on Social Media in Brunei: Between State Framework and Personal Identity. Brunei Journal of Islamic Studies, 5(2), 77–92.
Nizara, T. J., & Mohd Yusofa, F. (2013). Pemikiran akidah Imam Al-Syafi’i. Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering), 62(1), 1–10.
Rusmiati. (2024). Konsep muraqabah dalam perspektif Sa’id Hawwa dan relevansinya dalam konteks kekinian. Universitas Islam Negeri Ar-Raniry.
Salleh, N. M., Ismail, A. M., Haridi, N. H. M., & Nor, M. S. M. (2021). Persepsi belia berisiko liberal terhadap agenda liberalisme. Akademika, 91(1), 129–138. https://ejournals.ukm.my/akademika/article/view/43954
Syed Hussin, S. A. H. S. (n.d.). Kepentingan zikir dalam mendidik rohani dan jasmani pendakwah.
World Bank. (2024). Suicide mortality rate (per 100,000 population) - Brunei Darussalam. Retrieved May 19, 2025, from https://www.ceicdata.com/en/brunei/social-health-statistics/bn-suicide-mortality-rate-per-100000-population
Yahya, M., & Sa‘ari, C. Z. (2016). Program Zikrullah dan aktiviti kerohanian asas pembangunan spiritual golongan belia perlu perhatian (PP) dalam merealisasikan gagasan Negara Zikir Brunei Darussalam. Global Journal Al-Thaqāfah, 6(1), 101–116.
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. (2019, Mac 29). Majlis Pelancaran Kem Belia Harapan: “Hero Within” Anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. https://yshhb.org.bn/majlis-pelancaran-kem-belia-harapan-hero-within-anjuran-yayasan-sultan-haji-hassanal-bolkiah/Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah+2
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 MSRC, UNISSA

This work is licensed under a Creative Commons Attribution 4.0 International License.
Al-Shafi'i published by UNISSA Press is an open access journal. All articles are published under the terms of the Creative Commons Attribution 4.0 International License (CC-BY).
This licence permits unrestricted use, distribution, and reproduction provided that the authors, citation details and publisher are clearly identified.
For any reuse or distribution, users must make clear that the article is made available under a Creative Commons Attribution license. Al-Shafi'i retains the copyright.

