Peranan PERANAN MAQASID AL-SHARI’AH DALAM MENANGANI KEKELIRUAN AKIDAH KONTEMPORARI
Abstract
Abstract
This study examines the growing phenomenon of contemporary ʿaqīdah confusion among Muslims arising from the influence of modern ideologies such as liberalism and secularism, which challenge the principles of faith and divine revelation. It highlights the need for an authoritative Islamic evaluative framework to assess contemporary thought and ideology in a disciplined manner without undermining the foundations of Islamic creed. Accordingly, the study aims to analyze the role of Maqāṣid al-Sharīʿah as a framework for evaluating contemporary ideologies from the perspective of Islamic ʿaqīdah. Employing a qualitative library-based methodology with critical analysis of primary Islamic sources, classical scholarly works on ʿaqīdah and Maqāṣid al-Sharīʿah, as well as contemporary academic writings, the study finds that Maqāṣid al-Sharīʿah—particularly the principle of ḥifẓ al-dīn—serves as a crucial creed-based criterion that guides the use of reason within the bounds of revelation and rejects ideological deviations contrary to Islamic principles, thereby preserving the sanctity of religion and ensuring the continued authenticity and relevance of Islamic understanding in the face of contemporary intellectual challenges.
Keywords: Contemporary Akidah Confusion; Maqasid al-Shariah; Hifz al-Din; Liberalism and Secularism; Islamic Thought
Abstrak
Kajian ini membincangkan isu kekeliruan akidah kontemporari yang semakin ketara dalam kalangan umat Islam akibat pengaruh ideologi moden seperti liberalisme dan sekularisme yang mencabar prinsip keimanan dan ajaran wahyu. Kekeliruan ini menuntut suatu kerangka penilaian Islam yang berautoriti bagi memastikan pemikiran dan ideologi semasa dapat dinilai secara berdisiplin tanpa menjejaskan asas akidah. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah menganalisis bagaimana Maqasid al-shari’ah berfungsi sebagai kerangka penilaian pemikiran dan ideologi kontemporari dari perspektif akidah Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan dengan analisis kritikal terhadap sumber-sumber utama Islam, karya ulama muktabar dalam bidang akidah dan Maqasid al-shari’ah serta penulisan akademik kontemporari. Hasil kajian mendapati bahawa Maqasid al-shari’ah, khususnya prinsip ḥifẓ al-dīn, berperanan penting sebagai neraca penilaian ideologi yang berteraskan akidah, membimbing penggunaan akal dalam lingkungan wahyu serta menolak penyelewengan pemikiran yang bercanggah dengan prinsip Islam. Pendekatan Maqasid yang berasaskan akidah ini membuktikan keupayaannya memelihara kesucian agama dan memastikan kefahaman Islam kekal sahih serta relevan dalam menghadapi cabaran pemikiran kontemporari.
Kata Kunci: Kekeliruan Akidah Kontemporari; Maqasid al-shari’ah; Hifz al-Din; Liberalisme dan Sekularisme; Pemikiran Islam.

