MEMELIHARA MANUSKRIP WARISAN SEJARAH: PERANAN DAN CABARAN BAHAGIAN penBORNEO

Authors

  • Dr. Mardiah binti Haji Ramli Pusat Sejarah Brunei, Brunei Darussalam

Keywords:

Memelihara manuskrip, warisan sejarah, Bahagian penBORNEO, peranan, cabaran

Abstract

menyumbang kepada perkembangan kebudayaan, kesusasteraan dan peradaban bangsa Melayu. Dalam melestarikan khazanah warisan ini dan menghargai sumbangan daya pemikiran dan kreativiti para cendekiawan Melayu yang terdahulu, adalah penting bahan tersebut dipelihara untuk bahan kajian, rujukan dan pembelajaran. Justeru kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui peranan dan cabaran Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO), salah satu bahagian di bawah Pusat Sejarah Brunei, dalam aspek pemeliharaan manuskrip. Selain itu juga akan mengongsikan teknik-teknik asas pemeliharaan yang dipraktikkan di Bahagian ini dan bentuk program serta projek pembelajaran yang dikendalikan dalam usaha membudayakan ilmu pemeliharaan kepada orang ramai khususnya generasi muda. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan merujuk kepada sumber primer seperti laporan-laporan dan sumber sekunder yang berkaitan pemeliharaan manuskrip. Hasil kajian ini mendapati bahawa memelihara manuskrip itu bukanlah suatu pekerjaan yang senang untuk dilakukan. Ia memerlukan langkah-langkah pemeliharaan yang terperinci dengan penggunaan alat-alat mesin serta peralatan pemeliharaan yang khusus. Dalam mendapatkan hasil pemeliharaan manuskrip yang optimum adalah dengan memanfaatkan teknologi digital. Di samping itu juga perancangan projek atau program pemeliharaan yang terarah dan strategik serta usaha-usaha pemberigaan mengenai kepentingan pemeliharaan juga perlu dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan seluruh negara (whole-of-nation approach). Dalam melaksanakan pemeliharaan manuskrip ini juga diakui berhadapan dengan beberapa cabaran. Walaubagaimanapun cabaran ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam penambahbaikan kualiti perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti kerja pemeliharaan. Oleh itu, kajian ini diharap dalam menyumbang kepada penerokaan dan penambahbaikan dari segi pemeliharaan rekod mahupun perkhidmatan rujukan yang bersistemik.

Downloads

Published

2026-01-14

How to Cite

Dr. Mardiah binti Haji Ramli. (2026). MEMELIHARA MANUSKRIP WARISAN SEJARAH: PERANAN DAN CABARAN BAHAGIAN penBORNEO. Journal of Islamic Manuscripts Studies, 1(1), 40–66. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/JIMS/article/view/1437