EPITAF SYAIR ARAB DI BATU NISAN RAJA-RAJA KESULTANAN MELAYU

Authors

  • Norhayati binti Haji Abd Karim Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
  • Adel M. Abdulaziz Algeriani Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam
  • Farah Najwa binti Nazri Universiti Sains Islam Malaysia, Malaysia

Keywords:

batu nisan, epitaf, Kesultanan Melayu, manuskrip, syair

Abstract

Epitaf yang sering dipahat di batu nisan merupakan manuskrip kerana ia mengandungi tulisan yang teratur dan berstruktur, yang menyampaikan maklumat penting mengenai pemilik kubur. Sebagai sebuah manuskrip, inskripsi biasanya terdiri daripada kalimah kalimah dalam tulisan Arab atau Jawi Melayu yang mencakup elemen seperti nama, tarikh kewafatan, dan ungkapan-ungkapan yang diambil dari Al-Quran, Hadith, atau syair. Tulisan ini bukan sahaja berfungsi sebagai penanda kubur, tetapi juga sebagai dokumen yang merakamkan sejarah dan identiti individu yang telah meninggal termasuklah Raja Raja Kesultanan Melayu dan kerabatnya. Oleh itu, objektif kertas kerja ini mengenal pasti epitaf syair Arab di batu nisan Raja-Raja Kesultanan Melayu yang ada di Malaysia, Indonesia dan di Brunei Darussalam. Metodologi kualitatif, yang merangkumi pendekatan deskriptif dan analisis bait syair dijadikan sebagai landasan kajian. Hasil dapatan kajian akan mengambarkan status dan kedudukan sosial pemilik kubur. Bukan itu sahaja, syair Arab yang bertemakan tentang kematian tidak hanya berfungsi sebagai penanda, tetapi juga akan mendedahkan pengaruh penyair Arab terkenal, yang karyanya telah tersebar di Alam Melayu. Malah epitaf syair Arab berkenaan dijadikan sebagai satu medium menyampaikan ajaran moral dan spiritual kepada generasi akan datang. Dengan demikian, kajian terhadap epitaf syair Arab di batu nisan Raja-Raja Kesultanan Melayu bukan sahaja memberikan wawasan tentang warisan budaya, tetapi juga tentang hubungan antara seni,
agama dan masyarakat.

Downloads

Published

2026-01-14

How to Cite

Norhayati binti Haji Abd Karim, Adel M. Abdulaziz Algeriani, & Farah Najwa binti Nazri. (2026). EPITAF SYAIR ARAB DI BATU NISAN RAJA-RAJA KESULTANAN MELAYU. Journal of Islamic Manuscripts Studies, 1(1), 1–39. Retrieved from https://unissa.edu.bn/journal/index.php/JIMS/article/view/1436