ITTIHAD DAY:MINI ADVENTURE

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Ahad, 15 Oktober 2023

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui bahagian Kolej Kediaman, Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan aktiviti riadah ITTIHAD DAY: MINI ADVENTURE iaitu Amazing Race di Taman Mini Peranginan Kg Parit. Aktiviti ini diatur oleh Unit Kolej Kediaman Siswa dan Siswi (UKKSa/Si), Majlis Perwakilan Pelajar,Persatuan Pelajar UNISSA sesi pengajian 23/24 (MPP PP 2023/2024) dan disasarkan kepada semua pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa kolej kediaman siswa dan siswi UNISSA.

Tujuan utama aktiviti riadah ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa Kolej Kediaman siswa dan siswi UNISSA. Selain itu juga, aktiviti ini bertujuan untuk mengamalkan cara hidup lebih aktif secara fizikal dan mental, memberikan pendedahan suasana alam sekitar di luar dan di alam semulajadi memandangkan aktiviti ini diadakan di persekitaran yang dikelilingi dengan kehijauan dan agar sentiasa aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti anjuran Bahagian Kolej Kediaman. Justeru, aktiviti ini juga berpandukan kepada dasar Sustainable Development Goals (SDG) terutama sekali kepada salah satu matlamat iaitu matlamat no. 3 Good Health And Well Being.

Aktiviti pada hari tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta Doa Selamat bagi memberkati lagi majlis pada pagi tersebut. Acara turut dimulakan dengan permainan ‘Ping To The Pong’ sebagai pembuka acara. Penyampaian hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga seramai dua puluh orang dari permainan ‘Amazing Race’‘ serta dua puluh lima orang yang berupa saguhati bagi tempat keempat, kelima hingga ketujuh. Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-‘Asr sebagai penutup tirai acara pada hari tersebut. Aktiviti riadah ini juga turut dihadiri oleh, Yang Mulia Ustaz Haji Hayatuddin bin Haji Moksin, Dekan Hal Ehwal Pelajar, UNISSA. Jumlah keramaian yang hadir pada hari tersebut adalah lebih kurang 99 orang termasuk kakitangan dan ahli jawatankuasa UNISSA.

Aktiviti riadah Ittihad Day: Mini Adventure ini merupakan satu inisiatif Bahagian Kolej Kediaman UNISSA untuk mengeratkan dan memperluaskan lagi hubungan silaturrahim di antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa, dan warga UNISSA secara amnya. Dengan galakan aktiviti riadah Ittihad Day: Mini Adventure, ia akan dapat melahirkan sifat pemedulian, mesra dan keprihatinan di antara satu sama lain di kalangan para pelajar antarabangsa mahupun pelajar tempatan. Tambahan pula, aktiviti ini dijalankan agar para pelajar antarabangsa tidak merasa diketepikan sepanjang pengajian mereka di Universiti Negara Brunei Darussalam.