ISLAMIC CAPITAL MARKET SUMMER SCHOOL 2026 BERIKAN PENEKANAN MAQASID SHARIAH DALAM PASARAN MODAL ISLAM

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

United Kingdom- Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar Dr Amnisuhailah Abarahan, Penolong Profesor di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam yang telah terpilih untuk mengikuti Islamic Capital Market Summer School 2026 di Durham University Business School, United Kingdom. Program yang berjalan dari 4 Ogossehingga 4 September 2026 tersebut merupakan program anjuran bersama Securities Commission Malaysia dan juga Durham Centre for Islamic Economics and Finance, United Kingdom. Ianya mengetengahkan perbincangan dan pendedahan menyeluruh mengenai pasaran modal Islam secara global khususnya dalam penerapan penting MaqasidShariah dalam aplikasi dan operasi pasaran modal yang telahdiperkenalkan oleh Securities Commission Malaysia melaluiMaqasid Shariah Guidelines for Islamic Capital Market. Program yang dihadiri oleh para pakar penasihat syariah dan pengamal industri perbankan dan pasaran modal, dan pelatihdari pelbagai negara itu juga telah memberikan peluangnetworking dan jalinan kerjasama yang lebih erat di dalamindustri kewangan Islam.